Itulah dianya....
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

Kata Kusyi Hirdan

Assalamualaikum

Sekadar cerita....

Mencari idea untuk menulis bukan mudah. Apatah lagi perlu memikirkan sesuatu yang baru dan merancangnya juga. Menulis novel dan menulis artikel adalah dua bidang yang sangat berbeza. Dua bidang ini - wartawan dan novelis - adalah dua bidang yang berbeza pendekatannya.

Sangat berbeza.

Jiwa saya memang jiwa menulis. Menulis untuk akhbar yang saya kerja sekarang dan juga menulis novel-novel saya. Menulis di blog ini juga adalah sesuatu yang suka saya lakukan walau kadang-kala tak terkejar juga. 

Sebenarnya kita semua melihat pelbagai perkara tetapi bukan semua antara kita yang boleh menulisnya. Menulis dengan baik maksud saya..

Ada yang menulis bahasa merapu dan juga menggunakan bahasa rojak/rosak. Saya maksudkan bahasa sms dan sebagainya. Itu tidak masuk dalam kategori bidang penulisan bagi saya.

Menulislah dengan bahasa yang baik. Sekiranya bahasa Malaysia, bahasa Malaysia yang baik. Begitu juga bahasa-bahasa yang lain.

Mendapat idea menulis juga bukan mudah. Seperti yang sering saya kongsi di ceramah penulisan saya, idea tidak boleh ditunggu sebaliknya dicari. Terutama pada orang seperti saya yang mencari rezeki dengan menulis ini. Sebab itu saya perlu banyak berjalan dan keluar mencari berita.

TAPI. Kadang kala idea itu datang juga. Yang tidak disangka-sangka. Macam semalam.

Tiba-tiba saya mendapat idea menulis tentang potluck dan artikel itu cepat sekali dapat saya siapkan. Dah emel pun pada bos. Ada artikel yang belum siap-siap sampai ke hari ini kerana saya belum jumpa penyudahkan dan saya terpaksa membuat artikel lain dahulu. Cuma, cara saya tidak menunggu sesuatu itu. Saya teruskan dengan penulisan yang lain. Yang tergantung itu akan di sambung kemudian bila cukup fakta.

Okey, cerita minggu lepas.

Minggu lepas sebenarnya saya berpeluang balik ke kampung saya di Kuala Kangsar. Agak lama kepulangan ini. Empat hari. Jarang sekali saya dapat balik selama ini kerana selalunya dua hari sahaja. Kalau balik musim raya pula kena bahagi dengan kampung Perak dan Melaka.

Kami balik mengemas rumah sebenarnya. Rumah tinggal, biasalah, banyak yang rosak dan penghuni lain seperti tikus, lipas dan semut sangat bermaharaja lela. Kerana semuanya tidak larat sangat kami terpaksa mengupah pembantu.

Kami juga dapat membuang banyak barang-barang lama yang sudah tidak diguna, tidak perlu atau rosak.

Selepas segalanya selesai, lega rasanya. Suatu perasaan yang sukar digambarkan. Bila isi rumah dapat dibersihkan, lantai dimop, habuk dibuang, ia memberi suatu perasaan yang melegakan.

Syukur, Alhamdulillah. Ramadan nanti rumah di kampung itu lebih bersedia menerima kepulangan keluarga kami dan seterusnya menyambut Syawal nanti.

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 

 

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 1 of 185

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Hadis Hari Ini

Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab: "Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini33
mod_vvisit_counterSemalam620
mod_vvisit_counterMinggu ini3977
mod_vvisit_counterMinggu lepas4741
mod_vvisit_counterBulan ini12513
mod_vvisit_counterBulan Lepas19367
mod_vvisit_counterKeseluruhan383032

We have: 5 guests online
Your IP: 107.21.156.140
 , 
Today: Jun 20, 2013