|
Assalamualaikum Sekadar cerita... Posting ini terlalu lambat saya keluarkan. Festival Buku Antarabangsa yang berlangsung pada 27 April hingga 6 Mei 2012 pun sudah lama berlalu. Maaf ya lambat posting dan juga mengemaskini blog saya ini. Bila ada yang bertanya dan emel tentang blog ini saya rasa bersalah pula. Bersalah kerana membiarkan ia 'bersawang' hehehe... Cerita Festival Buku atau lebih dikenali sebagai Pesta buku memang seronok di kenang. Ini kerana dengan penerbitan NB Kara, saya muncul dengan dua buah tangan baru tahun ini. Satu novel Lelaki Tidak Bersalah dan keduanya buku yang saya gayakan di bawah ini. Koleksi Resipi 6 Sahabat Norhayati Berahim. Di buku ini saya bertindak sebagai penyelaras dan Zul pula sebagai jurugambarnya.
Seronok berkongsi cerita tentang penghasilan buku ini. Saya memang sangat berhati-hati dalam menghasilkannya supaya ia menjadi hasil yang terbaik. Alhamdulillah pengalaman kerja banyak membantu saya. Bergabung pula dengan suami sendiri, keadaan jadi lebih mudah. Di dalam buku ini sahabat Norhayati Berahim - Ros Anita Sharkawi, Khamisah Mohd Nazri, Hartini Anuar, Zabidah Abdul Rahman serta rakan novelis Salina Ibrahim dan saya sendiri menyumbang resipi istimewa di hati kami. Kak Yati juga turut serta berkongsi resipinya. Pendek kata pelbagai resipi ada di dalam buku ini. Sebanyak 35 semuanya dan ia merangkumi resipi dari selatan, utara hinggalah resipi Turki dari Kak Yati. Memang proses pembikinannya penat dan mencabar. Mula-mula saya perlu mengetahui resipi pilihan masing-masing. Kemudian memilih tarikh shooting. Shooting pula bermula pagi dan habisnya lewat petang. Dalam pada itu saya perlu memikirkan konsep dan angle. Outdoor lebih mudah tetapi sekiranya indoor, masalah cahaya perlu diambil kira. Alhamdulilah semuanya lancar kerana kerjasama dari semua orang yang terlibat. Walau setiap kali habis shooting, rasa nak pengsan pun ada keletihan. Hehhee.... Tapi yang seronoknya sebab semua yang terlibat adalah muka-muka baru jadi saya mendapat idea yang fresh dan suasana yang fresh. Dan lagi saya dapat mencuba semua 35 resipi yang dibuat. Bestkan? Heheh... jangan jealousssss. Habis shooting, saya tidak boleh tinggalkan lama kerja itu. Sebabnya saya perlu segera merangka dan menetapkan design supaya semuanya masih segar dalam kepala. Saya lakukan dengan sangat hati-hati dan kerjasama dari empunya resipi sangat diperlukan untuk proof read resipi mereka kembali. Ya, prosesnya memang panjang dan remeh tetapi seperti yang saya katakan tadi, kerjasama semua pihak membuatkan kerja saya jadi mudah. Banyak pengalaman baru dan pengajaran yang saya dapat dalam proses pembikinan buku resipi ini. Layout dan letak duduk gambar pula, saya dan Kak Yati berbincang bersama-sama dan kami menukar dan menukar demi mendapatkan hasil yang terbaik. Begitu jaga pemilihan warna bagi setiap orang yang berbeza. Dari warna yang suram kami tukar kepada warna yang lebih terang dan hasilnya memang lebih cantik dan ceria. Kemudian proses pemilihan cover pula. Saya memberi beberapa pilihan cover depan dan belakang supaya penerbit boleh memilih yang terbaik. Dari segi warna latar dan juga warna font juga dipilih dengan teliti. Akhirnya warna biru yang menjadi pilihan kerana ia paling terserlah. Ohh... memang prosesnya panjang dan saya pula mengejar masa iaitu dateline saya sendiri. Saya mesti menyiapkan buku resipi itu sebelum ke umrah tempoh hari. Alhamdulilah, semuanya mengikut jadual. Segala kepenatan hilang ditiup angin apabila muka surat sebanyak 113 helai siap di layout dan kemudiannya siap dicetak. Seroooonooookkkkk sangat. Zul yang waktu itu tidak dapat melihat hasilnya kerana perlu ke Vietnam tidak sabar-sabar pulang bagi melihat salinan buku. Dia pun seronok dan teruja sangat. Tak henti-henti membelek buku resipi hasil fotografinya. Di dalam buku ini setiap resipi dibahagi kepada tiga bahagian. Bahagian resipi, langkah demi langkah dan produk akhir. Lengkap dan makin manis apabila setiap orang menceritakan memori mereka berkenaan setiap resipi yang diberi. Boleh dapatkan dipasaran dengan harga RM15.90 atau order online sahaja dari kami. Setiap satu disertakan dengan buku nota secara percuma. Semua resipi yang kami paparkan sedap-sedap belaka. Ia unik dan punya keistimewaan tersendiri. Tak rugi mencubanya.
GAMBAR-GAMBAR sekitar Pesta Buku 2012 Ini saya dan Kak Yati yang bergambar dengan Cikgu Liza Bujang dari Sarawak.
Zabidah Abdul Rahman menandatangan buku resipinya sambil ditemani cucu kesayangannya Shakira.
Oh ya, bagi mempromosi buku resipi, kami menyediakan sampel resipi untuk rasanya. Antaranya Sambal Tahun Kerang, Kofte, Rendang Dendeng, Asam Pedas Ayam dan Masak Lemak Daging Salai. Semuanya sedappppp. Gambar atas: Khamisah Mohd Nazri sedang membuat persediaan. Ros Anita @ Balqis Nazid pun turut sama membantu promosi. Di dalam gambar ini dia sedang menandatangani buku resipi yang dibeli pembaca. Ramai mencuba. Ini Kak Yati sedang menikmati nasi impit dan Asam Pedas Ayam hasil tangan Ros Anita. Seronoknya saya apabila kawan kami yang dulu sama-sama di Guangzhou singgah di booth NB KARA. Harap dapat jumpa lagi Mizul dan Amnah sekeluarga. Saya juga berkesempatan jumpa kawan-kawan lama. Antaranya ini Naliza dan anaknya. Dulu masa di majalah Jelita kami sering bekerjasama sebab saya di bahagian editorial dan Naliza artis grafik. Jumpa lagi.
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya Comments (1)
|
||
|
||
| Page 1 of 23 |
Hadis Hari Ini
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a: Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda: ”Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.” |







![]() | Hari ini | 276 |
![]() | Semalam | 423 |
![]() | Minggu ini | 1942 |
![]() | Minggu lepas | 1652 |
![]() | Bulan ini | 5360 |
![]() | Bulan Lepas | 12937 |
![]() | Keseluruhan | 164740 |
Your IP: 38.107.179.238
,
Today: Mei 18, 2012





















