Berlalu sudah 1 Syawal
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Raya dah berlalu seminggu pun.

Baharu saya sempat update blog ini. Ini kerana saya dan Superfrends sibuk di perjalanan. Dari Utara ke Selatan. Perjalanan yang penuh bermakna. Perjalanan itu ada di Facebook Superfrends dan bagi yang mengikuti kami di sana, tentu tahun kan?

Raya? Saya ialah manusia di dunia ini yang sukakan Ramadan dan Aidilfitri. Sangat sukakannya. Setiap tahun saya menantikan kehadiran dua bulan yang istimewa ini. Baik Ramadan baik Syawal. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan sentimental yang tersendiri dalam hidup saya.

Ramadan dan Syawal kali ini, dalam segala kegembiraan dan kesyahduan yang saya rasakan dalam menyambutnya, tentu sahaja kesedihan dan sayu tetap bertapak di hati. Mengenangkan ahli keluarga yang telah pergi, yang terkini abang sulung saya. Ini kali pertama beraya tanpa arwah lop.

Betullah, kita makin menghargai segalanya setelah ia tiada. Kadang-kadang ada juga saya merasakan bagaimana sekiranya masa dapat diulang. Adakah keadaan akan menjadi lebih baik?

Entahlah....

Yang pasti, setiap kejadian hidup ini sudah ditentukan Allah. Sudah tersurat. Apa yang harus dilakukan kini ialah melakukan yang terbaik demi masa akan datang.

Ramadan 2014 boleh dikatakan penuh dengan aktiviti Superfrends dan raya yang menjelang membuatkan hati saya terisi dengan kebahagiaan. Bahagia kerana dapat mencium tangan suami tercinta dan bersama dengan insan tercinta saya itu, suami sejak 1992 iaitu Zul Haron.

Bahagia kerana masih dikelilingi keluarga.

Berlaku juga perkara tidak dijangka kerana saya dapat bertemu dengan rakan lama ketika di ITM dahulu, Nik Nur Haswani dan sepupu saya, Shima. Mereka ini sebenarnya selalu berkunjung ke rumah Permaisuri Balu pada hari raya tetapi saya yang tiada kerana boleh dikatakan dari mula berkahwin saya sentiasa beraya di Melaka dahulu sebelum ke Perak. Jadi bila sampai ke Perak, semua orang dah selesai datang rumah kami.

Saya selalu juga dengar dari ahli keluarga tentang orang ini dan orang itu yang datang ke rumah kami dan bertanya tentang saya. Begitulah bertahun-tahun berlalu dan saya akhirnya hanya mendengar cerita tanpa dapat bertemu dengan mereka. Ya, saya agak ketinggalan... dan semakin jauh dengan kaum kerabat yang datang berkunjung. Kerana terlalu lama saya menyangkakan mereka semua sudah lupakan kewujudan saya.

Cuma, dua tiga tahun kebelakangan ini baharu saya beraya di kampung saya sendiri... Setelah begitu lama saya beri laluan kepada Zul dahulu bersama keluarganya, setelah hampir 20 tahun baharu saya memikirkan tentang diri sendiri.

Kebahagiaan diri sendiri.

Alhamdulillah, kami sekarang lebih terisi rasanya, baik saya atau Zul. Kami bertekad mencari kebahagiaan sendiri tanpa memikirkan apa yang orang lain kata.

Di kesempatan ini, saya dan suami mengucapkan salam Eid Mubarak, Maaf Zahir Batin. Semoga usia kita dipanjangkan Allah bagi bertemu Ramadan dan Syawal tahun hadapan. Insya Allah.

 

Bersama Nik Haswani (kiri) dan Raja Noor Shima Raja Hishan, sepupu saya di raya pertama.

 

Bersama Permaisuri balu menziarahi pusara ahli keluarga kami di pagi Syawal.

 
Page 101 of 114

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya :” Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, baginda mengulanginya sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia mengetuk pintu) tiga kali dan mengucapkan salam.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini226
mod_vvisit_counterSemalam1114
mod_vvisit_counterMinggu ini1690
mod_vvisit_counterMinggu lepas2615
mod_vvisit_counterBulan ini9989
mod_vvisit_counterBulan Lepas15653
mod_vvisit_counterKeseluruhan773287

We have: 48 guests online
Your IP: 54.160.153.233
 , 
Today: Feb 21, 2018

Masa Itu Emas..