Program beli baju raya di Melaka
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Perancangan berbulan-bulan akhirnya menjadi nyata Sabtu lepas, 5 Julai 2014, minggu pertama berpuasa. Kami semua yang terlibat teruja beberapa hari sebelumnya lagi. Risau pun ada. Ini program pertama Superfrends di Melaka.

Tetapi syukur alhamdulilah, program beli baju raya di Aeon Bandaraya, Melaka berjalan dengan lancar. Kami mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak Aeon. Dari segi parking sehinggalah dengan menyediakan bantuan khas dari kakitangannya. Mereka bersungguh-sungguh membantu kami. MasyaAllah. Terharu sekali.

Para sukarelawan Melaka juga sangat komited. Cik Kham membahagikan tugasan masing-masing dan semuanya mengambil tugas tanpa banyak soal. Mereka tahu apa nak buat, semuanya bersemangat.

Seperti tahun lepas di Tesco, kali ini juga kami mendapat ruang membayar yang khas buat kami. Semuanya menyenangkan.

Misi utama kami untuk memberi sedikit keceriaan menjelang Syawal nampaknya mencapat matlamatnya. Itu yang termampu dik kami. Sekadar usaha kecil. Sangat kecil.

Terima kasih tak terhingga kepada semua yang membantu menjayakan program di Melaka ini. Kepada para penyumbang, Allah juga yang membalasnya.

Insya Allah minggu hadapan kita di Kedah pula, kemudian di KL dan kemudian program finale ramadan, penyerahan hamper persediaan raya.

Ohhh. kami semua sangat teruja.

 

 

 

Jumpa lagi.

 
Page 104 of 114

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Dari Abdullah, katanya: ”Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami: ”Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: ”Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata: ”Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini227
mod_vvisit_counterSemalam1114
mod_vvisit_counterMinggu ini1691
mod_vvisit_counterMinggu lepas2615
mod_vvisit_counterBulan ini9990
mod_vvisit_counterBulan Lepas15653
mod_vvisit_counterKeseluruhan773288

We have: 48 guests online
Your IP: 54.160.153.233
 , 
Today: Feb 21, 2018

Masa Itu Emas..