Kata Kusyi 3
Kusyi Hirdan 11 April 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

25th Anniversary dan Permaisuri Balu

Sekadar cerita...

Assalamualaikum


Hari ini 11 April 2017, rupanya anniversary saya dan Zul yang ke 25 tahun. Cepatnya masa berlalu kan. Serasa baru semalam, Zul diakad nikah di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar untuk menjadi suami saya. Kemudian dia balik ke rumah untuk sarungkan cincin acara batal air sembahyang. Ia berlaku 25 tahun lalu? Dalam 25 tahun ini kami melalui begitu banyak pahit manis berdua. Susah senang bersama.

Kami berdua sebenarnya terlupa walau saya amat looking forward pada jubli perak ini. Ya, saya sangat looking forward. Pernah saya tanya, setelah kita tak jadi pergi bercuti sekeluarga ke Lake Toba, tak jadi kerana Permaisuri jatuh dan hospitalised, ke mana pula kita nak pergi?

Belum ada perancangan baru pun dan kami ambil keputusan, tak mahu rancang2 lagi. Kalau ada rezeki, terus pergi.

Yang terjadi, sesuatu yang kita looking forward itulah kita lupa. Kan? Lupa kerana ada perkara2 lain memenuhi minda. Weekend lepas selepas kerja kami di Subang Jaya dan singgah2 beberapa tempat, kami terus bergerak ke Serendah. Nak tahu, kerana penat sangat kami terpaksa berhenti sekejap untuk tidur. Kami tahu kalau sampai di Serendah, alasan kepenatan tak boleh dipakai kerana keluarga saya yang sedang menjaga permaisuri balu (my mum) juga sangat penat. Siapa yang menjaga orang tua mesti tahu. Kakak2 dan abang saya menjaga permaisuri balu non stop around the clock. Jadi, kami mahu biar sampai nanti, baton bertugas dari abang boleh terus pass kepada kami. Jadi bila dah tidur sekejap tu, badan lega sikit. Bertenaga sikit.

Malam itu saya dan Zul bertugas. Dalam keluarga kami gelarkan 'shift'. Bermakna kami ambil shift malam. :)

Permaisuri balu memang sukar tidur dan dia memang mesti ada orang berdekatannya. Tangan anak2 mesti kena ada pada tubuhnya. Zul baring di kerusi malas, tangan pada badan permaisuri. Saya di bawah, baring atas tilam toto. Alhamdulillah, permaisuri tidur sampai ke pagi walau ada jugalah dia terjaga beberapa kali. Bila digosok2, dia lena kembali.

Esoknya, adik saya Bahiyah pula ambil giliran bersama suaminya. Gilir2 dengan abang2. Kami nak beri ketiga2 kakak yg lain rehat dari bertugas. Sebab bila tiba weekdays, mereka lagi yang akan tak over around the clock.

Bagi kami anak2 yang masih bekerja ini, hujung minggulah boleh datang. Dan kadang hujung minggu pun kami terikat dengan perkara lain. Begitu juga Zul. Kakak-kakak yang banyak berkorban. KuMatun, Kufuyah dan Miss J. Mereka semuanya warga emas. Kasihan pada mereka, kepenatan yang teramat, tetapi mereka tetap menjaga Permaisuri bagai menatang minyak yang penuh. Dugaan menjaga warga tua sangat besar, Allah sahaja yang tahu.

Kalau tak dapat hujung minggu, saya dan Zul cuba ambil hari2 lain. Apa saja yang boleh dan terdaya kami cuba. Tambahan pula kami tinggal di Melaka... Tetapi tentu tak sama dengan betapa besarnya pengorbanan kakak2 saya.

Jadi, inilah antara penyebab saya banyak terlupa hal2 lain. Tumpuan pun kadang-kala tak boleh fokus. Risau. Wedding anniversary pun lupa terus. Sesuatu yang sebenarnya saya excited menunggunya. Nasib baik ada yang mengingatkan di FB, tergelak sekejap kerana kami sendiri pun lupa.

Isnin semalam, Zul terikat dengan kerja2nya di KL. Kami sampai semula ke Melaka lewat petang. Kemas rumah, makan, siapkan beberapa kerja dan tidur. Sebabnya kami perlu bangun subuh untuk ke hospital Seremban. Kakak2 saya dari Serendah, juga bergerak ke sana dinihari. Miss J sempat update status, perjalanan mereka ditemani cahaya bulan di subuh hari. :)

Pada 28hb Mac 2017, Selasa, permaisuri balu operate tulang pinggulnya di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Jadi 2 minggu selepas itu iaitu hari ini, jahitan lukanya perlu dibuka dan dicuci. Kami dari Melaka, risau juga tak terbangun pagi kerana kepenatan. Saya kunci jam 3 kali :). Permaisuri balu patah tulang pinggulnya kerana terjatuh dan operation yang dilalui ialah 'Cemented bipolar hemiarthroplasty of left femur (zimmer), itu yang tertulis dalam surat refrencenya.

Kami semua risau nak lalui hari ini. Risau permaisuri balu menangis kesakitan waktu proses itu. MasyaAllah, dia dilayan begitu baik sekali oleh semua orang yang kami temui. Para doktor, nurse, semuanyalah. Kebanyakan masih mengenalinya dan memanggilnya Wan :). Permaisuri balu memang popular sewaktu tinggal di ward kerana dia antara patient yang 'manja'. Bila berada di klinik otopodik dan wad otopodik, kita akan tahu betapa mulianya tugas para doktor dan warga kerja yang lain. Orang begitu ramai, (sangat ramai) kakitangan tidaklah seramai mana. Mereka berusaha melakukan yang terbaik. Bukan senang kerana mereka pun manusia biasa. Ada sekali, saya sangat perlukan pertolongan nurse ketika shift menjaga permaisuri balu tetapi tak sampai hati nak panggil mereka kerana nampak mereka sibuk sangat. Saya intai bilik rehat mereka, nampak ada yang baharu nak makan walaupun hari dah lewat. Tetapi terpaksa juga panggil...

Hari ini doktor memberitahu keadaan permaisuri balu sangat baik. Dia gerak2kan kaki, semuanya okey. "Mesti suruh dia jalan, bergerak," pesan doktor-doktor yang kami temui. Rasanya dalam 4 doktor yang datang melihat kes permaisuri balu tadi.

Kemudian tibalah masanya untuk jahitan dibuka. Zaman ini mana ada jahitan dah, tetapi stapler. Permaisuri balu seperti biasa sangat takut dan risau kami tinggalkannya seorang. Lalu adengan pujuk memujuk pun berlaku. Saya puji semua kakitangan hospital. Mereka sabar dan biarkan kami pujuk. Walaupun ramai lagi yang sedang menunggu giliran. Mereka pun sangat lembut dan mesra dengan permaisuri balu. Siap salam lagi. Oh...



Stapler permaisuri ditanggalkan dengan keadaan dia berpelukan dengan saya. Dia berbaring dan mengerang, dalam pelukan saya. Kerja yang dilakukan begitu cepat sekali. Dia mengaduh sakit sedikit tapi kami pujuk dan pujuk nak bagi dia lupakan kesakitan tu. Sebenarnya saya tahu ia sangat sakit. :(. Kesian sangat masa tu. Saya ajak dia berzikir. Saya beritahu, kejap je, kejap je. Lepas ini kaki Wan baiklah.

Zul siap kira jumlah stapler dan jururawat Rashidah tu kata sebelum ini dia sendiri pun tak pernah kira pun. Hari ini ada orang tukang kira. 17 semuanya.

Luka Permaisuri tampak sudah sembuh, kering dan sempurna baiknya. Kami turut menukarkan reference hospital ke Sungai Buloh supaya lebih dekat dan tak perlu ke Seremban lagi.



Permaisuri balu. Dia memang permaisuri kami. Ada yang tanya, kenapa saya gelar dia 'permaisuri balu'? Well, dia memang sejak dulu dilayan umpama permaisuri oleh anak-anaknya, cucu dan menantu. Balu? Sebab dia seorang balulah. Sebenarnya terma permaisuri balu ini saya dapat dari drama klasik cerita cina yang saya, Bahiyah dan Miss selalu tonton suatu masa dahulu.

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

.

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 10 of 101

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Dari Abu Hurairah r.a katanya: ”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad : ”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit, “Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam. ”Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman: ”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” Kata Abu Hurairah selanjutnya: ”Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian, maka berkata penduduk langit, ”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini114
mod_vvisit_counterSemalam150
mod_vvisit_counterMinggu ini1585
mod_vvisit_counterMinggu lepas1510
mod_vvisit_counterBulan ini7182
mod_vvisit_counterBulan Lepas7882
mod_vvisit_counterKeseluruhan689628

We have: 16 guests, 1 members online
Your IP: 54.198.104.234
 , 
Today: Jul 28, 2017

Masa Itu Emas..