Kata Kusyi
Kata Kusyi Hirdan 12
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Terima kasih orang di sana...

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Baik kah saya? Sangat baik?

Tidak pun... Saya manusia biasa sahaja. Yang jelasnya banyak kekurangan, banyak kesilapan. Hanya kerana saya ada Superfrends, sebuah kumpulan amal kecil, ia tidak bermakna saya sudah jadi malaikat.

Cuma satu je. Kami mahu jadi baik dan membuat perkara baik. Ia bukan senang. Dugaan besar, cabaran melintang. Tapi itulah usaha kami. Memikirkan dosa dan kesilapan yang banyak, rasa tak terkontra dengan beberapa amal kecil yang saya dan Superfrends lakukan.

Tiba-tiba diherdik pula.

Rasa kecil dan terduduk. Dan saya menangis. Beginilah apabila kita dicap baik. Orang menyangka, apa saja yang dihumban atau dicampak ke kepala kita, kita harus terima dengan senyum dan syukur yang tak berbelah bahagi.

Ya, saya bersyukur kerana insiden itu, saya dapat mengingatkan diri. Betapa kecilnya diri kita. Betapa banyaknya kekurangan dan betapa kita tak sehebat mana.

Terima kasih pada manusia yang melemparkan kata-kata bahawa, sebagai orang yang melakukan charity, kami tidak boleh marah walau dikantoi mereka. Terima kasih kerana mengingatkan kami perlu senyum dan terima janji palsu mereka. Terima kasih atas pelajaran yang sangat berharga itu.

Kami berdoa semoga kedua-dua insan ini mendapat rezeki yang melimpah ruah dan dirahmati Allah.

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

.

.

 
KATA KUSYI HIRDAN 11
Kusyi Hirdan 26 Julai 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Sedih sang lilin...

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Walaupun saya sangat bersyukur kerana program Ramadhan Superfrends berlangsung dengan jayanya meski sekadar serba sederhananya namun sebenarnya, di dalam Ramadhan itu, saya sangat susah hati. Saya sedih...

Hati tu sangat risau.

Tapi... saya ni susah hati, jarang luahkan sangat kepada orang. Saya pendam dan feel sendiri. Kadang, bila terlampau memikirkan tu, saya menangis sendiri. Mengadu dengan Allah... menangis lagi.

Ada jugalah saya mengadu dengan Zul, sebab dia yang tahu segala-galanya yang saya hadapi. Tapi saya masih simpan dan tak luahkan. Saya terus berdoa dan berdoa berharap dapat selesaikan masalah saya sendiri. The reason saya tidak begitu meluahkan pada Zul adalah kerana saya tak mahu dia susah hati. Tak mahu susahkan dia. Kami ni terbalik. Kalau Zul, ada masalah dia akan luahkan pada saya walaupun tahu saya akan susah hati selepas itu. Terbalik kan hehehe.... selalunya orang perempuan yang buat gitu. :)

Pada keluarga dan beberapa sahabat pun saya beritahu juga, cuma mereka tak mungkin faham betapa susah hatinya saya.

Saya seboleh mungkin tak mahu menyusahkan orang. Maklum, hal peribadi kita orang mana mungkin akan faham. Mungkin sebab itu saya selalu cuba selesaikan masalah sendiri. Saya fikir sendiri-sendiri. Walau sebenarnya saya sedih juga bila orang selalu ingat saya macam tak ada masalah sendiri. Saya kena sentiasa faham keadaan dan kesusahan orang tetapi sangat jarang orang tahu, atau mahu ambil tahu, di waktu sama, saya juga ada kesusahan sendiri. :(

Bulan ramadhan itu, saya berdoa, supaya Allah beri jalan dan rezeki. Beri hati saya tabah dan sabar. Kerana ia melibatkan kerjaya saya. Banyak yang saya fikirkan. Tentang tanggungan antaranya. Saya mahu memberikan yang terbaik dan termampu pada permaisuri balu. Semoga Allah permudahkan.

Dalam kesibukan bersama Superfrends, banyak masa yang terluang saya habiskan dengan berfikir. Dalam perjalanan pulang, kami selalu travel jadi perjalanan adalah rutin yang biasa, dan waktu itulah saya banyak berdiam. Sesekali mengintai bintang di langit malam melalui tingkap kereta yang meluncur laju. Adakah rezeki saya lagi?

Saya berusaha kuat menahan sebak di dada.

Saya tahu, begitu banyak yang Allah kurniakan rezekiNYA kepada saya. Saya sepatutnya bersyukur dan menghadapi takdir dengan redha.

Namun, saya tetap mahu berusaha dan berdoa. Semoga Allah perkenankan doa saya. InsyaAllah.

 

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

.

.

 
Kata Kusyi Hirdan 10
Kusyi Hirdan 28 Jun 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Aidilfitri 2017 Laughing

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Sudah Syawal keempat dah. Baharu saya sempat menulis di sini... Blog yang saya sangat sayangi :) Heheh...

Betul... walaupun saya mempunyai Facebook, page, Twitter, tapi, blog ini yang paling saya sayangi. Walau agak terlambat mengucapkan Salam Syawal kepada semua follower, rasa tak mengapakan. Kita tetap berjumpa di sini.

Saya dan Zul beraya di Kuala Kangsar, suatu yang saya nanti-nantikan sekali. Asalkan seperti tidak jadi ke sana kerana masalah-masalah tertentu, kemudian, di akhirnya Zul memberi lampu hijau untuk kami ke sana juga. Seronoknya Tuhan sahaja yang tahu. Walau hati tu hendak balik kampung beraya tetapi saya mengikut sahaja keputusan Zul. Kalau dia kata balik ke sanalah, ke sanalah. Kalau tidak, mungkin dia ada agenda lain.

Selamat hari raya, maaf zahir batin pada semua yang mengenali saya secara live atau pun sekadar mengikuti perjalanan blog ini. Alhamdulilah, kita diberi Allah peluang untuk menikmati Ramadhan dan Syawal sekali lagi. Tahun hadapan belum tahu lagi...

Inilah warna baju raya kami tahun ini. Warna cekelat. Kiss

Satu Syawal juga petanda penamat program Ramadhan Superfrends, kumpulan amal saya, Zul dan Cik Kham. Penamat itu kami tandai dengan program agihan putu perak di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar usai solat sunat Aidilfitri. Merancang program ini memang awal-awal lagi buat saya teruja. Ia bermula dengan mengumpul dana putu perak dan membuat tempahan. Orang Perak tahulah kuih ini... Kuih tradisi yang sentimental pada kami.

Di hari yang ditunggu... pagi-pagi lagi kami sudah bersedia. Parking kereta oren awal-awal di tempat yang paling strategik dan dekat pintu pagar biasa seperti tahun sebelumnya. Jumlah 600 putu perak? Sikit sangat bunyinya berbanding jemaah yang ada. Saya menganggarkan jemaah sekitar 2000 orang rasanya.

Tapi... walaupun jumlahnya sedikit, nak mengagihkan 600 putu, dengan volunteer yang terhad, dengan suasananya, yang pada pengalaman kami yang lepas-lepas, memang bukan perkara mudah jugalah. Hati tu risau juga tetapi Zul tetap cool. Dia lebih excited pada program itu berbanding memikirkan apa yang bakal kami hadapi.

Dua hari sebelumnya, banyak kali saya berpesan pada dua anak buah yang kecil, Umairah, 14 dan Nafisah, 8, habis saja solat cepat2 datang ke pagar masjid, tolong wan chik (saya). Arah saya umpama seorang jeneral. Malam 1 Syawal selepas kami bertakbir bersama di rumah, sekali lagi saya mengingatkan dan suruh keduanya ulang. Mereka ulang. Nampaknya mereka faham. Emak mereka yang mendengar pun hairan dan tergelak.

Sebenarnya saya risau tentang orang yang menolong ni. Ada anak-anak buah dan adik serta ahli keluarga lain yang lebih besar tapi saya risau mereka sukar untuk keluar. Berbanding dua budak kecil ini. Mereka saya harap dapat segera meloloskan diri.

Mereka betul-betul datang secepat mungkin seperti yang diarahkan. Budak-budak. Jujur dan ikhlasnya jelas sekali. tetapi tapi kata Nafisah mereka tersekat juga sikit kerana jem manusia yang ramai sangat menuju ke pintu keluar hehehe. Waktu tu saya dan Zul mmg dah tak cukup tangan.

Selepas Nafisah dan Umairah, beberapa minit kemudian datang anak2 buah dan adik beradik yg lain datang membantu agihan. Lega. Baru dapat ambik gambar.

Ini tahun ketiga Superfrends anjurkan agihan putu sebegini. Setiap tahun jumlahnya meningkat. Kami excited setiap kali utk program ini. Yalah, ia program sedekah yang sangat unik. Putu perak, di masjid, di pagi raya, tak unik tu? Hehehe...

Prosesnya sekejap sangat. Mungkin sekitar 20 minit sahaja dah habis dah. Alhamdulillah, seperti mana ahli keluarga saya yang seperti sudah biasa dengan rutin ini, penerima juga merasakan begitu. Ada yang mengimbau insiden sama di tempat sama, dan kami mendengarnya. Harap tahun depan dapat diteruskan lagi dan jumlah putu juga bertambah. Abang ipar saya, Najmi turut cadangkan ditambah air kopi sekali.

Ada yang datang selepas putu habis... bertanya putu masih adakah atau tidak, ada budak-budak yang menangis kerana mahukan putu. Aduihhh... Kesiannya. InsyaAllah, kita bertemu lagi nanti.

Saya kongsikan gambar-gambarnya ya.

 

 

 

 

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

.

 

 

 
Kata Kusyi Hirdan 9
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Berita duka

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Hari ini, 15 Jun 2017, sekitar lebih kurang jam 5 petang, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dalam sidang media memaklumkan dua juruterbang Mejar Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, terbunuh selepas terhempas di kawasan 51 kilometer dari pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia Kuantan.

Kedua-dua mayat juruterbang ditemui dalam keadaan memakai payung terjun ditemukan maut di kawasan hutan paya Chukai, Kemaman pada 2.30 petang tadi.

Pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11.30 pagi tadi.

Sejak awal lagi mendengar berita ini saya berdoa, kedua-dua juruterbang itu ditemui dalam keadaan selamat dan dapat menamatkan ibadah puasa masing-masing, berbuka puasa dan pulang ke sisi keluarga tercinta.

Namun, yang diumumkan adalah sebaliknya. Hati saya rasa sayu. Pasti keluarga kedua-duanya sangat terkejut dan bersedih. Kehilangan. Berduka.

Kedua-duanya menemui sang pencipta di bulan Ramadhan, bulan yang mulia. Sudah tertulis takdir buat mereka.

AL FATIHAH.

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

.

.

 

 
KATA KUSYI HIRDAN 8
Kusyi Hirdan 14 Jun 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Street Dakwah Ramadhan Superfrends, Muar....

Assalamualaikum

Sekadar cerita...


Saya nak berkongsi gambar program 10hb Jun 2017, Sabtu yang lepas. Sebelum itu, terima kasih yang tak terhingga pada para penyumbang sekalian, terima kasih para volunteer yang membantu kami sepanjang program berlangsung.
Allah jua yg membalasnya.

Alhamdulillah, tanpa mengira bangsa dan agama, kita berjaya mengagihkan kuih raya dan nasi impit berjumlah 193 agihan (400 balang kuih raya, 200 nasi impit ke:


- Rumah Teduhan Zafrah (kakitangan dan penghuni)
- 3 balai polis
- 2 sekolah
- 1 pejabat pos
- dan kakitangan JKR
- Pemandu2 teksi
- Pemandu2 bas
Gambar bersama polis tidak disiarkan atas permintaan mereka.

Program ini sebenarnya yang ketiga untuk Street Dakwah Ramadhan Superfrends. Yang pertama ialah agihan kurma, gula dan kicap pra Ramadhan, kedua, agihan juadah berbuka di Kuching, Sarawak dan yang ketiga, program yang inilah. InsyaAllah, kalau ada rezeki, akan diadakan program ke empat, ya. Doakan kami...

 

 

 

 

 

 

 

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

NOTA: KUSYI HIRDAN ialah penulis/wartawan dan pengasas kumpulan amal Superfrends

 

 

.

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 1 of 20

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya::” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini122
mod_vvisit_counterSemalam150
mod_vvisit_counterMinggu ini1593
mod_vvisit_counterMinggu lepas1510
mod_vvisit_counterBulan ini7190
mod_vvisit_counterBulan Lepas7882
mod_vvisit_counterKeseluruhan689636

We have: 24 guests, 1 members online
Your IP: 54.198.104.234
 , 
Today: Jul 28, 2017

Masa Itu Emas..