Kata Kusyi
Buat kuih untuk hamper raya
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Penattt. Sabtu yang dirancang pun berjalan seperti di rancang. Tapi penat pun tak mengapa kerana program membuat kuih raya bg hamper raya kepada orang susah berjalan lancar.

Ini ialah program kedua seumpamanya. Tahun lepas merupakan program yang pertama. Kami buat di KL masa tu, di rumah sahabat Zahrah Sulaiman. Tahun ini kami mencuba buat di Melaka sebagai mencari kelainan. Mungkin tahun hadapan? Hhhmmm.... belum tahu di mana lagi.

Program bermula jam 10 pagi di sertai oleh warga kampung Kuala Sungai Baru.
Seronok sangat dapat berkumpul begini dengan tujuan yg satu, melakukan amal kecil bersama-sama.

Terharu kerana ramai yang hadir membantu usaha kecil ini. Atas semangat saling membantu sesama insan. Kami tegaskan, jangan langsung libatkan fahaman politik pada usaha kami. Politik langsung tidak membezakan sebarang usaha membantu sesama insan. Itu prinsip kami.

Namun masih juga yang mahu mengaitkan kami begitu. Apa yang kami pangkah di musim pilihanraya adalah peribadi. Hak kami. Tetapi Superfrends tiada kena mengena langsung. Bagi yang sudah mengikuti kami tahu pada prinsip ini.

Kami mengucapkan berbanyak terima kasih pada semua yg membantu. ALLAH jua yg membalasnya. Terutama pihak tuan rumah Hadzilah Abu Bakar sekeluarga. MasyaAllah, Cikgu Azie begitu banyak membantu kami mereliasasikan usaha kecil ini. Rumahnya jadi macam kilang biskut dik kerana program kami hehehe.

Paling seronok, bila orang-orang kampung turun membantu. Mereka datang bawak buah tangan bagi di makan bersama-sama sepanjang program. Dari pagi ke petang sampailah ke malam. Ada yang bawak kuih, ada yang bawak lauk. Ada yang bawak laksa. Pak Aji Zul buat kuih kaswi special dia tu hehehe... Happening.

Pada Puteri Nurul Nawwar Puteri Nurul Farhana Nadzirah Yusop Saadiah Hashim Noraihan Wahab, Wahidah Wahid dan semua yang tidak sempat saya sebutkan di sini, jutaan penghargaan kami ucapkan.

Kami hanyalah Superfrends - sekadar amal yang kecil..

 

 

 

 

 

 

Jumpa lagi, InsyaAllah.

 
Berpanas di Hong Kong...
Kusyi Hirdan 20 Jun 2014 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Kami rasa perlu bercuti, yang betul-betul bercuti. Sekurang-kurangnya sekali dalam setahun pun jadilah. Yang bukan kena mengena dengan kerja.

Tapi, bercuti sekarang ni sukar diasingkan dari bidang kerjaya sementelah kerjaya Zul di bidang travel.

Kami memang mahu ke Disneyland Hong Kong kerana sudah ke Trans Studio (Bandung), USS (Singapura) dan USA (Osaka). Zul mengambil kesempatan ini untuk merangka pelancongan ke Hong Kong (Disneyland) kerana sebelum ini kami biasa di Guangzhou.

Kunjungan kali ini di musim panas. Sedikit sebanyak ia mengganggu percutian kerana cuaca akan mempengaruhi perjalanan keseluruhan. Dari sini kami tahu, musim sejuk lebih sesuai sekiranya mahu ke Disneyland Hong Kong.

Secara perbandingan, Disneyland Hong Kong tidak boleh mengatasi rasa ceria di Universal Studio Spore. Kami rasakan lebih serook di sana walau setelah berkunjung dua kali.

Selepas dua hari di Hong Kong kami 'balik kampung' ke Guangzhou pula. Saya suka Hong Kong tetapi matawangnya yang tinggi menyekat pergerakan. Guangzhou pula memang ada sentimental valuenya kepada kami. Ia juga negara yang boleh dikatakan sering kami kunjungi. Suka duka di Guangzhou ada kenangan pahit manisnya yang tersendiri.

Sepulangnya dari percutian ini kami sempat berehat dua hari sahaja kerana pada Sabtu 21hb Jun, kami ada program buat kuih raya beramai-ramai di Melaka. Ia bagi mengisi hamper persiaapan raya kepada warga susah kelak di penghujung ramadhan kelak.

Ini program kedua anjuran kami selepas mengadakan program pertama tahun lalu. Doakan perjalanan program kami esok berjalan lancar ya.

Produk Disney yang cantik-cantik. Tapi mahal, tak beli pun.

 

 

 

 

Ini suasana demam world cup di airport Shenzen. Ceria sekali kan!

 

Jumpa lagi.

 
Duka... bertamu suka jua
Kusyi Hirdan 10 Jun 2014 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

 

Kadang...

Kita sudah berusaha, kita memberi peluang dan peluang. Kemudian kita berusaha lagi. Dan lagi. Tetapi apa yang terjadi tidak seperti yang diharapkan. Apa daya kita.

Saya mengaku, kecewa tidak boleh di buang dari dalam hati. Ada di situ. Membengkak. Cuma lama kelamaan bengkak itu mungkin menyusut. Mungkin keadaan kembali seperti sedia kala? Mungkin...

Hidup ini penuh cabarannya. Siapa yang kata manusia tidak pernah dilanda masalah. Kecil besar, susah senang, itu rencahan hidup. Kita semakin kuat dari satu cabaran ke satu cabaran yang lain. Sebab kita sudah terkena.

Serik? Kadang-kadang kita serik. Kadang-kadang kita mencuba lagi. Dan lagi.

Namun, dalam segala cabaran yang dilalui, hikmah dan nikmat yang Allah kurniakan terlalu banyak. Tak terkira, tak terhingga.

Sekadar berkongsi cerita minggu lepas, 6 Julai ialah majlis perkahwinan sahabat kami Khairil Azli dan Ezaida di Alor Setar. Saya berbas ke sana. Sengaja nak naik bas sebab tak larat berkereta. Sebaik sampai demam batuk selesema mula melanda. Tapi sempat juga saya meraikan hari bahagia Khairil. Itu yang penting.

Kami berharap sahabat kami ini kekal berbahagia hingga ke syurga.

Balik ke KL, rehat sehari, ahadnya 8 haribulan pula, kami mengadakan majlis kecil minum petang bersama sahabat Superfrends. Majlis kecil yang sangat bermakna dengan para penyokong kuat kami. Ada yang langsung tidak pernah bersua. Maka terjalinlah silaturahim. MasyaAllah. Indahnya.

Paling seronok, mereka ini membantu kami mengumpul isi hamper persiapan raya. Itulah yang saya katakan, dalam segala kekecewaan, muncul kebahagiaan yang tiada taranya. Syukur pada Mu ya Allah.

Jumpa lagi.

 
Konvoi KRABI (Wangthong School) - Perlis (Teratak Rahmat)
Kusyi Hirdan 22 Mei 2014 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

 

Panjang ceritanya...

Selepas menguruskan program ON THE ROAD di Alor Setar dan penubuhan kumpulan kecil Superfrends Kedah, kami meneruskan misi konvoi amal ke Krabi (madrasah Wangthong) dan Perlis (Teratak Rahmat).

Seperti biasa kami mengadakan program kecil-kecilan tetapi terancang. Dengan pihak Wangthong School dan Teratak Rahmat kami sudah saling berurusan. Semuanya supaya anak-anak yang terlibat seronok.

Keseronokan kami bukan perkara utama. Mereka yang penting di raikan. Mereka yang harus seronok dan gembira. Biar mereka suka makanan yang dihidangkan. Itu yg kami tegaskan dengan wakil2 kedua2 rumah.

Untuk mengadakan konvoi sebenarnya bukan mudah. Tambah pula melibatkan ke luar negara. Orang nampak mcm mudah tetapi sebenarnya tidak. Sebab itu kami suka kecil2an begini. Nak control mudah sikit kalau sesat. heheeh....

Sedangkan di KL atau di negara sendiri pun kita boleh sesat, apatah lagi di negara orang heheh.

Kami sesat tu selalunya kerana GPS tiba-tiba rerouting sebaik sampai ke mana-mana simpang. Hehehe... Rasa nak lempor handpone tp sayang pulak kan.

Tapi bagi kami semua ini memberi impak yang adventure dan secara personal, kami seronok. Ada unsur2 fun.

Dalam pada itu kami mahu ia berjalan secara santai dan menyeronokkan. Sambil2 itu kami menikmati juga antaranya tomyam dan roti pisang yang sedap di Satun, Krabi dan Trang. Sedap bebeno sehingga teringat2.

Misi konvoi amal kami mesti ada 3 perkara ini ----> ziarah, mengadakan kenduri dan memberikan kiriman sumbangan. Itu intipati programnya.

Di Madrasah Wangthong, kami terharu kerana perjalanan program berjalan lancar dan kami dapat makan sama-sama dengan pelajarnya yang berjumlah lebih kurang 250 orang.

Seronok sangat rasanya. Terjalin ukhwah dan saling kenal mengenali. Bila kena buat speech dlm bahasa melayu ada juru bahasa lagi. Ustaz Imran translate ke bahasa siam. Macam happening le pulak.

Esoknya kami pulang ke Perlis dan terus menuju ke Teratak Rahmat membawa misi yang sama seperti di Krabi.

Ziarah, kenduri dan menyampaikan kiriman sumbangan.

Di sini juga semuanya berjalan lancar walaupun kami memang agak kepenatan. Walau penat, keseronokan mengatasi segala-galanya. Semua tersenym lebar melihat live show dari anak2 Teratak. Lagu InsyaAllah Maher Zain sebagai latar drama.


Makan pun rasa tak lalu sebab seronok tengok anak-anak makan. Seperti biasa kami suka mengusik anak-anak dan berkongsi makanan dgn mereka. Mereka umpama anak kami sendiri. Ke mana sahaja kami pergi, Teratak Rahmat tetap di hati.

Di Teratak Rahmat, kami disertai dengan Superfrends Kedah yang datang dari Alor Setar.

Oh ya. Tkasih kerana bagi kami buah mangga yang sedap bebeno tu dan juga ada kek lagi. Terharu nya.

Aterr.... lawa beno kek nya.

Kepada semua yang terlibat, kami di Superfrends memohon berbanyak kemaafan atas segala kesilapan, kekurangan dan tersilap kata. Yang baik datangnya dari Allah. Yang salah dan kurang adalah salah diri kami sendiri.

Terima kasih kerana membantu menjayakan program kecil kita. Halalkan sebarang kesilapan dari pihak kami yang menganjur ini. Kami hanya insan biasa. MAAF ZAHIR BATIN.

 
Superfrends Kedah ditubuhkan....
Kusyi Hirdan 19 Mei 2014 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Secara rasminya Superfrends Kedah ditubuhkan pada 11 Mei 2014.  Siapa sangka… Saya sendiri tak menyangka. Kedah menjadi negeri pertama yang mahukan Superfrends berada di negerinya. Saya sebenarnya menyangka KL atau Selangor yang terlebih dahulu mempunyai kumpulannya. Atau Melaka dan Perak kerana kami berasal dari sana.

Tetapi, itulah... keadaan membuktikan sebaliknya. Pertemuan kami dengan Hasni, jururawat di sebuah hospital kerajaan Kedah di KL membuka perancangan yang hanya Allah mengetahuinya. Ia sebuah permulaan yang membawa kami jauh ke Alor Setar.

Boleh dikatakan kami mula menubuhkan Superfrends secara rasminya sekitar tiga tahun lalu. Sebelumnya kami bergerak dengan nama lain dan ada masa tanpa nama tertentu.

Kami tak besar mana. Kecik sahaja. Saya memikirkan nama Superfrends ini kerana mahu mengaitkannya dengan unsur persahabatan. Persahabatan yang tulus ikhlas. Paling ringkas makna sahabat ialah berkawan. Kawan - friend. Untuk catchy saya tukarkan ejaannya.

Superfrends kemudiannya mempunyai pengikut. Yang bersama-sama dengan prinsip kami. Lantas ia berkembang. Berkembang secara perlahan juga. Kedah sudah rasmi mahu membawa misi Superfrends - membantu mereka yang memerlukan, yang dekat dan yang kita kenal. Itu prinsip asasnya.

Cuma, secara terus terang, bukan mudah mengembangkan sesuatu kerana jarak yang jauh. Kamunikasi dan kewangan selalu menjadi masalahnya.

Ada yang sangka kami mewah dan punya banyak wang. Maka sangkaan itu salah sama sekali. Untuk bergerak kami perlu betul-betul bajet. Tentu sahaja anda tidak tahu kesusahan yang kami lalui dalam perjalanan itu. Tabungan sangat limited. Tapi kami anggap ia sekadar cabaran. Kami perlu bergerak juga. Tanpa bergerak bagaimana mahu melaksanakan program.

Dengan adanya Superfrends Kedah bermakna bantuan kecil dapat dilaksana di bahagian sana. Aktiviti amal juga dapat dilaksanakan, InsyaAllah.

Mungkin selepas ini Melaka dan KL pula. Kami berharap kewujudan Superfrends Kedah menjadi inspirasi kepada negeri dan daerah lain. Insya Allah.

Jumpa lagi.

 

 
<< Mula < Sblm 21 22 23 Seterusnya > Tamat >>
Page 22 of 23

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan."

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini217
mod_vvisit_counterSemalam1114
mod_vvisit_counterMinggu ini1681
mod_vvisit_counterMinggu lepas2615
mod_vvisit_counterBulan ini9980
mod_vvisit_counterBulan Lepas15653
mod_vvisit_counterKeseluruhan773278

We have: 46 guests online
Your IP: 54.160.153.233
 , 
Today: Feb 21, 2018

Masa Itu Emas..