Kata Kusyi
Superfrends 'on the road' program
Kusyi Hirdan 28 April 2014 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum,

Sekadar cerita...

Semalam, Sabtu, perancangan kami untuk mengadakan program pertama 'Superfrends On The Road' telah berlangsung dan berjalan lancar. Seronok sangat kami semua.

Program pertama ini berlaku di Jalan Tuanku Abdul Rahman kerana kami sasarkan orang lalu lalang yang ramai di kawasan itu.

InsyaAllah program on the road kami akan diadakan lagi selepas ini.

Ia program yang dirancang demi memperkenalkan Superfrends. Alhamdulillah, impian terlaksana. Kami menjelaskan tentang Superfrends dan ada soal jawap terjadi. Dapatlah informasi disalurkan.

Terus terang, merancang program sebegini bukanlah mudah. Nampak macam mudah tetapi sebenarnya ia melibatkan planning yang teliti dan marangkumi aspek-aspek yang lain. Untuk melakukan di tempat itu pun kami membuat persediaan dengan plan A dan plan B. Kalau jadi begini, apa akan kami buat. Kalau jadi begitu bagaimana? Terutama sekiranya hujan. Semuanya perlu difikirkan. Ia bukan sekadar membuat rancangan tanpa sebarang perincian.

Ya, semalam memang hujan dan hati tu risau sangat. Namun Allah permudahkan kerana hujannya sekejap sahaja. Selepas itu dengan cuaca cantik yang redup dan tidak panas, program kami dapat diteruskan. Sambil memperkenalkan Superfrends, kami turut menjamu putu perak Intan Safina yang sedap itu. Memang istimewa program kami semalam.

Perancangan lain yang perlu kami fikirkan ialah mendapatkan sukarelawan membantu. Oh... ia bukanlah mudah. Sangat sukar walau kalau tengok di wall tu, begitu ramai yang berhubung dengan kami mahu menyertai program Superfrends tetapi bila tiba masanya, masing-masing mempunyai komitment lain. Nak buat macam mana, kami tidak boleh memaksa. Ya hati tu kecewa juga walau ini bukanlah kes pengalaman kami yang petama.

Semuanya ketentuan Allah. Allah tetap membantu kami. Kerisaukan kami berbalas gembira. Lihatlah hasilnya. Kehadiran sukarelawan yang hampir 15 orang membuatkan kami mengucapkan syukur. Syukur Alhamdulillah.

Tak mengapalah. Walau saya mengharapkan 20 orang yang hadir, yang hadir itu pun sudah cukup baik dan kami sangat bersyukur. Tambahan pula semuanya membantu dari segi mengedar phamplet dan putu perak kepada orang ramai. Semuanya adventurous. Masing-masing tahu sahaja melaksakan tugas masing-masing.

Bagi yang sudah mengenali Superfrends semalam, salam perkenalan kami hulurkan dan boleh ikuti saya di sini dan fb Superfrends.

Anda yang tidak hadir semalam dan tetapi merupakan penyokong kuat kami selama ini, tidak mengapa, kami faham. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.

Bagi sahabat Superfrends sekalian, jutaan terima kasih dan penghargaan kami ucapkan.

Jumpa lagi.

 
Selamat berjumpa kembali....
Kusyi Hirdan 25 April 2014 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita....

 

Alhamdulillah.... dapat kembali bersiaran di blog kesayangan saya ini. Kini barulah tahu betapa peritnya apabila website peribadi kita di hack.

Saya pun tak menyangka kenapa blog saya yang sederhana ini mengalami nasib sebegini. Bukan ada apa istimewa pun nak di hack-hack kan. Tapi itulah.... Benda dah terjadi. Terima kasih kepada adik ipar, Khairul Anuar yang mengusahakan kembali kewujudan blog ini.

Memang perit. Sebabnya saya dah biasa menulis di sini... Sepanjang blog ini tidak dapat beroperasi, saya terpaksa menumpang sementara di fb Superfrends :)

Okey. Now i'm back!

Sudah berbulan-bulan, terlalu banyak yang berlaku dan saya tak boleh nak menulis kesemuanya. Antaranya ialah kunjungan kami ke Hospital Sultanah Bahiyah bagi program menceriakan wad seperti biasa. Oh, ia kunjungan yang success sekali. Kami sangat seronok dan terasa mahu terus melakukannya.

Bagi yang mengikuti facebook Superfrends mesti mengetahui betapa kami agak aktif juga dengan aktiviti kecil-kecilan kami. Alhamdulillah.... Allah permudahkan.

Selepas ini, saya akan terus menulis di sini seperti biasa. Terima kasih pada yang terus memberi sokongan dan membaca blog ini. Rindu pada saya?

Saya pun rindu pada anda semua juga....

 

Jumpa lagi....

 
<< Mula < Sblm 21 22 23 Seterusnya > Tamat >>
Page 23 of 23

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah."

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini140
mod_vvisit_counterSemalam770
mod_vvisit_counterMinggu ini2762
mod_vvisit_counterMinggu lepas3481
mod_vvisit_counterBulan ini9363
mod_vvisit_counterBulan Lepas12826
mod_vvisit_counterKeseluruhan757008

We have: 43 guests online
Your IP: 54.226.41.91
 , 
Today: Jan 19, 2018

Masa Itu Emas..