Kata Kusyi
Farewell Salji
Kusyi Hirdan 15 November 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Semalam 14 Nov, Ahad, pagi, kami jenuh memanggil Salji untuk makan. Yang datang hanya Maya dan emak mereka, Kecik. Mungkin dia dah kenyang. Teringat dua hari kebelakangan ini dia selalu memanjat ke atas kereta bahagian cermin depan setiap kali kereta kami hendak keluar. Dan dia duduk di situ sampailah kami dah nak bergerak laju. Dia merenung wajah kami berdua dalam-dalam.

Apa kena si Salji ni? Zul pun ada nampak keadaan ulser Salji yang teruk dan bercadang nak bawa dia ke klinik Isninnya.

Isnin, sekali lagi waktu makan breakfast dia tak ada. Hujan lebat waktu itu. Kami pun keluar kerana ada urusan di pejabat pos. Kami tak syak apa-apa kerana selalu juga dia tak datang waktu makan. Menjelang jam 11 baharu sampai di rumah semula. Waktu itulah Zul nampak sesuatu. Nampak Salji terbaru kaku dan basah kuyup. Dia beritahu saya. Saya dah nak menangis.
Zul mendekat dan memberitahu, Salji mungkin dah tak ada...

Salji diangkat balik ke rumah. Waktu itu saya nampak perutnya bergerak. Salji hidup lagi. Kami rushing bawa ke klinik haiwan kerajaan. Tak ada apa yang dibuat di situ melainkan pegawai di situ beritahu Salji kekejangan kerana kesejukan dan suruh bawa balik, panaskan dia dan beri susu.

Saya tak puas hati dengan sekadar melakukan itu kerana Salji dah tak sedar. Saya nak selamatkan dia. Lalu kami ke klinik swasta. Tahu, kosnya pasti mahal tetapi saya tahu itu yang perlu dilakukan. Salji, dia kami pelihara sejak 2008 lagi. Sejak dia di dalam perut emaknya. Dia bersama kami selama 8 tahun ini. Dia sebahagian dari kami. Namanya Salji kerana kami melayukan perkataan Snow.

Kami bawa Salji ke klinik swasta. Di situ doktor segera memberi Salji drip walau dia beritahu keadaan Salji memang tenat. Saya ucapkan I love you pada Salji berkali-kali. Dia koma tetapi saya harap dia dengar. Saya memang menangis terus-terusan. Doktor beritahu, selain ulser yang teruk Salji mungkin ada sakit kuning... Ya Allah, kesiannya.

Kami mahu Salji masuk ward, dan dia ditinggalkan di situ. Sedih sangat rasanya. Hati mula teringat-ingat saat akhir Salji, memang sikapnya berubah. Malam, waktu nak tidur saya menangis lagi. Teringatkan dia.

Pagi 15hb pun tiba. Kami sudah berjanji untuk agihkan zakat pada pelajar susah KUIM. Ada sahabat yang mengirimnya. Sekitar jam 9 lebih pihak klinik menelefon, katanya Salji dah tak ada. Saya menangis kuat. Kami singgah juga di KUIM kerana tanggungjawab dan janji. Tangisan saya belum boleh berhenti.

Salji, kami kebumikan menjelang zohor. Allah pinjamkan dia 8 tahun kepada kami, kami pulangkan kembali kepadaNYA. Tiada lagi penghibur hati kami yang sangat dikasihi. Kata arwah bapak, kucing ni mereka selalu doakan kita. Selalu saya cakap pada Salji, Maya dan Kecik, doakan saya ya.

Farewell Salji...

 

 

 

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 
Program Dhuha - Pizza
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Saya dan Superfrends menganjurkan program Dhuha-Pizza.

Apakah itu?

Sebenarnya saya dapat idea ini dari program yg orang lain anjurkan. Hidayahnya tentu sahaja dari Allah.
Ia program waktu Dhuha, digabungkan sekali dengan acara memasak pizza.

Perancangan program Dhuha Pizza ini sudah dirancang lama tetapi sering tertunda kerana kami mengadakan program2 yang lain dahulu. Kemudian kami juga sukar mendapatkan volunteer. Untuk melaksanakan program sebegini tenaga volunteer yg ramai diperlukan. Juga dana.

Akhirnya, setelah rancangan di atur dengan teliti, kami mula mengwar2kan program dengan bantuan Kak Sham dan Kak Siti Mariam. Mereka membantu mencari peserta, kami mencari tenaga pengajar, dana dan volunteer.

Ia tak mudah… kerana seperti biasa untuk menganjur program sebegini, byk dugaannya. Mencari lokasi juga tak mudah. Tapi Allah memberi jalan dan bantuanNYA.

Sabtu 12 Nov 2016, berlangsunglah programnya. Kami menumpang balairaya Kg Pantai. Sungguh tak menyangka ia begitu mendapat sambutan semua yang terlibat dan mereka sangat gembira dan sporting. 15 pasang peserta dan 13 volunteer terlibat. Tenaga pengajar pula 2 orang. Kalau boleh ramai lagi yg nak sama buat pizza tu tapi kami terpaksa hadkan.

Mereka mengikut agenda yang diaturkan. Mula2 menguli doh, diikuti tazkirah dhuha, kemudian sambung menambah topping, kemudian perbetul surah dan akhir sekali solat dhuha. Selesai semuanya, pizza sedia dimasukkan ke dalam oven dan tunggu masak.

Tazkirah dari ustaz sangat menarik. Begitu juga semak bacaan al Fatihah bersama2.

Semuanya excited. Excited dengan sesi dhuha dan excited mempelajari cara memasak pizza.

Majoriti baru pertama kali buat pizza. Macam2 gaya pizza terhasil. Boleh tengok gambo.

Suasana sangat meriah dan gembira. Silaturahim terjalin.

Oh... Apron colorful tu. Utk jimat kos, kami jahit sendiri apron utk program. Kak Sham yang bantu. Mula2 Zul nak buat sorang jahit 40 apron tu tapi tak terdaya kerana kena ke sana kemari. Nasib baik Kak Sham bantu. Alhamdulillah.

Terima kasih Ustaz Khairul Anuar Mohd Ariffin dan Zaidatul Akhmar Shahrizan Mustaffa yang sanggup membantu kami, datang dari jauh. Sob sob. Touching.

 

 

Terima kasih kepada volunteer kami yang dari semalam lagi sudah membantu persediaan dan hari ini mengemas kembali. Kerja mereka berat tapi mereka semua buat dengan sepenuh hati. Mereka penat tapi rasanya happy sebab program kita alhamdulillah berjaya walau serba sederhana.

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

- Kusyi Hirdan ialah founder kumpulan amal kecil Superfrends

 

 

 

 
.... 6 hari
Kusyi Hirdan 22 Oktober 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

 

Sekadar cerita

Assalamualaikum

Perkongsian ini ialah untuk pembaca sekalian tahu tentang perjalanan kumpulan amal Superfrends. Saya, Kusyi Hirdan adalah foundernya.Kami amat memerlukan dana bantuan utk tabung pergerakan kami.

Cerita minggu lepas boleh dikatakan saya dan Superfrends melalui schedule yang hectic. Pada orang muda mungkin ok je kot tapi bagi kami yang dah 40 lebih ni, faham2 sajalah.

Vitamin!!! Mana vitamin? :)

Walaupun program kami berjalan sepanjang masa tetapi selepas kunjungan ke Krabi sempena raya haji lepas untuk memantau kelas Quran kami, buat kenduri , hantar bantuan dan qurban di sana, kami slow sikit. Slow utk cari tenaga balik :). Paling penting, kumpul dana balik.

Agihan barang dapur je berjalan kpd ibu tunggal di kampung kami. Dia baharu kehilangan suami ramadan lepas.

Bermula Khamis lepas kami ada program menghantar breakfast pada kakitangan klinik kesihatan Kuala Sungai Baru. 80 pax semuanya. Dapat juga kami bagi pada pesakit sikit sebab kakitangan cuma sekitar 69 orang sahaja. Kami dibantu Kak Sham dan Siti Mariam. Berempat je, memang tak cukup tangan tetapi kami proceed juga. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan Allah permudahkan.
Seronok tengok mereka, semua kakitangan di situ seronok dapat breakfast dalam bekas comel tu. Its a small effort... to cheer them up. And it works! Harap dapat buat lagi program ini.

Kemudian, hari itu juga kami bergerak ke Taiping untuk program seterusnya iaitu Ziarah ceriakan ward 3 hospital kerajaan. Hari Sabtu berlangsungnya. Ini hospital kami yg ke 9. Sampai je di Perak kena buat semua persediaan. Singgah di Ipoh dulu utk cari bantal dan shower gel. Mydinlah untuk dapatkan harga borong.

Wakil Taiping sgt membantu. Tanpa mereka, tak mampu kami. MasyaAllah, dari mula perancangan lagi mereka dah membantu. Ceritanya, kami sepatutnya adakan di Hospital Pulau Pinang. Tapi atas sebab-sebab tertentu, ia tak jadi. Kami harap suatu hari nanti mereka sudi terima kami.

Diam tak diam je kan dah 9 hospital dan 1 klinik kerajaan berjaya kita adakan program keceriaan ya. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan program walau dengan volunteer yang kurang. Semua happy. Penat buang ke tepi. :)

Saya curi masa sekejap untuk temubual Ikhwan Ng. Ikhwan ini turut membantu kami di program hospital. Memang last minit kami ajak dia tetapi memang memerlukan bantuan tenaga lelaki. Habis program saya dapat temubual Ikhwan untuk 2 angle. Satu kisah penghijrahannya dan dua, perniagaan daging salai halalnya, Bakkwa.
Lama juga rancang nak berjumpa Ikhwan ini. Jarak jauh menyukarkan sebab dia tinggal di Taiping. Jadi, sementelah kami buat program hospital di Taiping, sekali harunglah ambil kesempatan.

Kemudian, selepas check out hotel, kami bergerak ke Lenggong terus utk inspection warga susah bagi program baju sekolah 2016. Sebab dah ada di utara, itu yang pergi inspect terus tu. Untuk jimatkan kos. Kami bertemu dengan wakil sana yang diperkenal oleh Raja Fairuz Raja Mazlan. Mereka bersetuju untuk membantu.

Tidur semalam di Lenggong yang sangat cantik itu. Kalau ada kesempatan nak pergi lagi untuk rehat2 jalan2, insyaAllah. Tengah hari bermula perjalanan pulang, sempat singgah Kuala Kangsar makan laksa karim sekejap. :)
Singgah KL pula. Memang dah plan untuk mengadap permaisuri balu dulu di Serendah. Tidur di rumah Ku Fuyah. Malam itu hujan lebat... Pesan dengan Miss J supaya bantu gerak kami sebelum subuh.

Isnin. Di KL kami ada 3 agenda. Satu, saya buat perkongsian ilmu dengan mereka yang berminat nak buat grup amal seperti Superfrends. Seronok dapat kongsi ilmu dan saya doakan mereka segera bermula. Saya galakkan semua orang bermula kecil, supaya boleh fokus dan istiqamah. Kualiti lebih penting dari kuantiti. Mereka mahu menubuhkan kumpulan DENGAR.

Kedua, kami ziarah anakanda Raja Fairuz iaitu Tengku Ruqayyah yang sakit. Ruqayyah yang comel ini, 19 tahun usianya, memberi semangat kepada saya secara tak langsung. Dia bersemangat tinggi untuk pulih dari sakitnya. Kalaulah saya dapat sedikitpun semangat juang seperti Ruqayyah, ia sudah amat bermakna. Inspirasi Ruqayyah harus menjadi ikutan.

Ketiga, kami menghantar kiriman bantuan kpd ibu 7 anak yang tinggal di rumah sempit satu bilik. Ini kes miskin kota yang perlukan bantuan walaupun radiusnya di Taman Medan bukan radius Superfrends. Tapi Allah memungkinkan semuanya. Pada pertemuan sebelumnya ketika kami mengagihkan zakat, dia ada beritahu perlukan modal dan bantuan utk dia berniaga nasi lemak. Dia memang dah bermula dah. Cuma kita bantu sikit je lagi.

Saya, bila lihat orang mahu berusaha macam tu, saya memang galakkan. Sebab, mereka kena berusaha demi anak-anak yang ramai itu. Lagipun usia masih muda.

Merah matanya kerana ceritanya dia memang sedang merintih sedih mengenangkan nasib diri. Duit tak ada, modal untuk berniaga juga tak ada. Kami berikan dia rice cooker, flask, troli dan sedikit barang memasak untuk dia bermula. Juga sedikit cash.

Ini cara kami memberi kail. Semoga dia berusaha dan berjaya. Walau ikutnya nak tangguh lagi perhantaran itu kerana terlalu penat dengan program tapi kami gagahkan juga. Nasib tak tangguh... Kesian dia :( Ini pengajaran, kalau nak tolong orang, jangan tangguh-tangguh, mana tahu orang itu sedang sangat mengharapkan...

Dah Selasa. Penat. 6 hari on the move rasa tak bersedia nak balik Melaka lagi tetapi memikirkan agihan zakat kpd pelajar susah KUIM perlu disegerakan, kami shoot juga balik.
Ops...sebelum sampai Melaka, kami singgah rumah Bahiyah sebab rindu sangat kat Nailah. Kami dapat envelop warna kuning daripada Nafisah.
Dia menghampiri saya ditolak oleh Wan nya. Malu-malu. Bagilah.... Kata Bahiyah. Nafisah, 7 tahun baru umurnya menyerahkan envelop kuning yg di dalamnya ada helaian duit. Rupaya Nafisah buat tabung khas utk Superfrends. Saya tak pasti dia menyimpan bagaimana. Mungkin dari duit belanja sekolahnya.

Dah sampai Melaka baharu saya kira jumlahnya. RM18. Sangat besar nilai ini apatah lagi dari budak 7 tahun. Good girl Nafisah!
Latihlah anak2 kita menyimpan utk sedekah bukan hanya menyimpan utk beli PS4 atau makan KFC.
.
Envelop kuning daripada Puteri Nafisah.
.

Sekarang, saya dan Zul memang mabuk tido :) :) Doakan kami diberi kekuatan dan ketabahan utk meneruskan misi amal kecil ini.

Terima kasih para penyumbang semua. Walaupun apa yang kita dapat beri ini hanya sumbangan kecil tetapi ia tetap besar bagi yang menerima. Allah jua yang memungkinkan. Mohon maaf dan mohon halal sekiranya kami ada tersilap di dalam proses pengagihan. Sesungguhnya kami tidak sengaja.

Jumpa lagi.
.
.
Ini ketika kami menghantar breakfast ke Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru, Melaka. Khamis, 13 Oktober 2016.

.
.
Ini pula di ward 14, Hospital Taiping. Sabtu 15 Oktober 2016. Program ziarah dan ceriakan warga petugas ward dan pesakit.
.
.
Bersama Ikhwan Ng.
.
.
Lenggong, bersama Pak Su dan Mak Su yang mahu membantu Superfrends bagi program baju sekolah 2016.
.
.
Bertemu dengan Kak Jun dan Huda. Chaiyok ya. Semoga Allah permudahkan niat yang baik.
.
.
Ziarah Tengku Ruqayyah.
.
.
Bantuan kepada ibu tujuh anak berniaga nasi lemak.
.
.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
.
.
.

 
Damailah dikau Haron Din....
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Jumaat 16hb September 2016, dunia menerima pengkhabaran pilu. Pemergian insan yang dikasihi ramai, Tuan Guru Haron Din.
Saya sendiri merasa amat sayu. Rasa kehilangan. Walaupun kami tidak saling mengenali pun. Tetapi ketokohannya sangat dikenali. Orang kedua selepas arwah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Haron Dinlah yang saya kagumi.

Saya tak begitu mengingati tarikhnya, tetapi saya dan suami antara yang pernah mendapatkan khidmat perubatan daripada arwah Haron sendiri. Kami masuk ke sebuah bilik itu dan dia duduk menunggu di situ. Dia bertanya tentang apa sakitnya, nada suara sangat lembut dan terkawal. Dia menyuruh kami merapat dengannya, menyentuh suami saya dan terus membacakan ayat dari al Quran. Ah memori itu.

Ingat lagi bagaimana kami kena pergi awal pagi. Waktu itu sistem booking nombor. Dapat berjumpa sekitar 9 atau 10 pagi macam tu, lama menunggu tetapi semua orang tidak kisah. Memang ramai orang datang ke DarulShifa Bangi setiap hari dari seluruh Malaysia.

Yang saya teringat, hati waktu itu sangat gementar kerana bertemu insan hebat itu sendiri. Wajahnya sangat kudus.

Sekarang ini, dia sudah mempunyai begitu ramai murid-muridnya yang mengubat secara perubatan Islam. Besarnya jasa dan pahalanya.

Saya tidak mahu menyentuh sisi politik arwah kerana saya lebih mengikutinya sebagai ulamak tersohor.

Menurut cerita dari orang terdekat, keluarga dan anak-anak muridnya, arwah berpesan dengan tegas supaya mengebumikan dia di tempat mana dia meninggal dunia. Dan Allah mentakdirkan dia meninggal dunia di California maka di situlah pengakhirnya Haron Din, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam five Pillars Farm Livermore, setelah disempurnakan di Masjid An Noor, Santa Clara. Itulah yang terbaik, tak dapat disangkal lagi kerana jenazah dapat dikebumikan segera sebagaimana suruhan agama.

Jumaat hari yang mulia...Kita pun baru sekitar 4 hari selesai merayakan raya qurban.

Saya hanya mampu menitipkan doa semoga Allah meletakkan Haron Din di sisiNYA di syurga. Terbaca pesanannya anaknya Dr Huda di fb, kalau sesiapa datang California, ziarahlah babanya. Pasti ramai yang melakukan perkara ini nanti, insyaAllah.

Tentu banyak hikmahkan ketetapan Allah itu. Bagaimana dan mengapa, hanya Dia yang tahu. Semoga antara hikmahnya ialah Islam makin mekar dan berkembang di US kerana ada seorang insan hebat dikebumikan di bumi itu.

Damailah Tuan Guru Haron Din di sana. Kita semua pasti menyusulmu kelak.

AL FATIHAH.

 

 

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 


 
Menjejak asnaf Sik
Kusyi Hirdan 19 Ogos 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita... Cerita semalam kami menjejak asnaf....

Beberapa negeri dirancang tetapi satu persatu tidak berjaya dilaksana. Mungkin ada hikmahnya. Allah jua yang mengetahui. Memang ada rasa kecewa apabila harapan tinggal harapan tetapi satu perkara yang perlu kami terima serta berpijak di bumi nyata, kita tak boleh memaksa orang menolong kita.

Full stop.

Memang masa tu sangat mengharapkan pertolongan tapi... apakan daya.

Dalam hati berkata-kata, mungkin ini pembalasan Allah kepada kami. Kami pernah buat orang lain begitukah? Adakah? Yang kami tak perasan. Ya Allah, sekiranya kami pernah buat, ampunkanlah kami.

Setelah mencuba plan B, plan C nampaknya hampir gagal lalu saya bercakap dengan Zul... 'Sudahlah, jom ke daerah lain. Lagi pun di sini hotelnya pun penuh. Kita nak duk mana?'

Kami lupa, esoknya adalah weekend di negeri ini yang cuti umumnya Jumaat dan Sabtu.

Lalu kami bergerak menuju ke daerah kedua. Dalam beberapa minit hati saya rasa tak sedap.

"Abang, niat asal kita nak sampaikan zakat pada daerah ini kan. Kenapa kita ubah fikiran?"
"Jadi?" suami terus berhentikan kereta di persisir jalan. Dia faham apa yang saya rasa.
"Begini. Dalam fb ni ada cerita fasal agihan zakat di masjid kampung tupai. Dah nak waktu zohor ni... Kita solat situ, tanya imam dan cari penghulu."
"Orait!"

Kami on google meps dan terus ke lokasi.

Rasa jauh sangat. Tak sampai2. Lalu kami berhenti di hadapan sebuah kilang perabut, nampak seorang lelaki baru nak keluar dengan motornya. Kami bagi salam dan tanya arah ke masjid. Dia menunjuk arahnya dengan mesra. Depan je lagi, katanya.

"Err... bang, rumah penghulu kat mana?" tanya saya.

Dia pause sekejap, mungkin terkejut dengan soalan itu. Dari strangers pula. Kemudian dia menjawap, "Sayalah penghulunya."

Begitulah perancangan Allah. Kami hampir tak jadi sampaikan agihan zakat kepada asnaf Sik dan mahu menuju ke Gurun. Itulah ceritanya.

Setelah itu kami bercerita tentang hajat yang dibawa kepada sang penghulu yang baik hati. :)

"Tapi kalau penghulu sibuk, mungkin..." Risau pula kot menyusahkannya. Maklum kami ni hanya terjah tanpa buat appointment.
"Eh, boleh boleh... Jom saya bawa satu persatu ke rumah asnaf yang layak..."

Dengan motornya, tanpa berlengah dia leads the way. Kami yang naik Wira uzur ini pulak yang sangat slow. :)

Penghulu leads the way... masuk kampung ke rumah asnaf.


Inilah Penghulu Zakaria.

 

Alhamdulilah, asnaf-asnaf itu sudah dijanji Allah rezeki buat mereka. Ketika kami datang pun mereka tak menyangka. Setiap keluarga dapat RM250.

Pihak kami sempat mendapatkan informasi untuk melibatkan mereka di program seterusnya. Mungkin bantuan baju sekolah nanti.

Paling sedih bila ada anak2 yang tak ke sekolah kerana kesusahan hidup dan masalah keluarga. Jenuh saya peringatkan, teruskanlah persekolahan. Jangan tak sekolah. Rugi.

Pendapatan keluarga ada yang di bawah RM450, penoreh getah dan ada yang lebih rendah dari itu. Ada juga mempunyai anak yang OKU.

Selepas selesai, kami singgah di rumah penghulu untuk membasahkan tekak dengan sirap sejuk. Masa nak balik tu dia dan isterinya membekalkan rambutan dari jenis 'anak pergi sekolah'. Mak aii... ada pulak nama jenis rambutan begitu? Tapi memang sedap sangat rambutannya.

Terima kasih penghulu Zakaria. Terima kasih para penyumbang sekalian. Allah jua yang membalasnya. Sesungguhnya perancangan Allah dan janjiNya yang paling sempurna.

Semoga Allah mengampunkan segala kesalahan kami.

 

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 6 of 22

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan."

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini68
mod_vvisit_counterSemalam229
mod_vvisit_counterMinggu ini909
mod_vvisit_counterMinggu lepas3290
mod_vvisit_counterBulan ini7051
mod_vvisit_counterBulan Lepas12245
mod_vvisit_counterKeseluruhan720221

We have: 20 guests online
Your IP: 54.167.250.64
 , 
Today: Okt 17, 2017

Masa Itu Emas..