Kata Kusyi
Kepedasan tomyam Krabi
Kusyi Hirdan 19 Ogos 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

Saya suka pedas. Kalau lauk tu pedas memang menambah selera. Boleh makan berpinggan-pinggan. Saya pasti ramai lagi orang seperti saya yang sukakan pedas. Kan?

Cuma saya baru-baru ini agak fobia dengan kepedasan apabila berada di Krabi hampir seminggu dan diperkenalkan makanan yang sedap-sedap oleh sahabat kami di sana.

Kepedasan yang saya rasa ini memang tak terbayangkan. HAHAHA. Saya sendiri hairan. Sebabnya kepedasan kali ini membuatkan telinga saya bengang.

Ya, Allah, memang sedap, tak dinafikan, sedap sangat tomyam dan peng nga yang saya makan tu tetapi masyaAllah, pedasnyaaaa, itulah pertama kali saya rasa begitu. Tak pernah pun saya rasa bengang telinga sebegitu kerana makan sesuatu yang pedas.

Dan selepas ini saya lebih berhati-hati. Serik pun ada. Bila makan seterusnya saya hanya ambil sedikit sahaja, takut terbengang telinga lagi.

Bagi yang baru mengikuti blog ini, sebenarnya pada 13-18 Julai 2016 saya dan kawan-kawan Superfrends telah ke Krabi Thailand. Kami pergi tu untuk menghantar ustaz kami, Azzan Musadiq yang membantu mengajar al Quran di sana. Dia mengajar tu kepada anak-anak sekolah rendah Anuban Wangthong di sebuah perkampungan Islam.

Sekolah ini sebenarnya sekolah kedua keluarga sahabat kami Rushdy Thaokloy. Sebuah lagi sekolah ialah sekolah menengah. Kiranya sekolah ini dalam kategori sekolah swastalah.

Sekolah swasta? Kalau di Malaysia, sekolah swasta tu hebatlah gayanya. Mesti mahal. Mesti berprestig. Mesti glamour.

Sebaliknya berlaku pada sekolah yang ditubuhkan oleh keluarga Rushdy ini. Kata Rushdy, kalau kami kenakan yuran, warga Islam akan memilih sekolah kebangsaan yang percuma. Jadi hilanglah peluang kami nak mendidik masyarakat islam di sini pengajaran Islam, solat, tutup aurat dan sebagainya.

Islam di Thailand adalah minority. Jadi ia tidaklah sehebat kita di Malaysia ini. Mereka mengalami kesukaran mendapatkan guru agama. Di sekolah yang kami pergi itu, kami dapati betapa perlunya bantuan guru al Quran kita salurkan.

Ustaz Azzan sudah mengajar di sana hampir 3 minggu. Dengan tenaga seorang sahaja, dia mempunyai 65 orang murid untuk belajar iqra' dan juga 16 orang murid dewasa, orang kampung sekitar yang termasuk mualaf.

Pihak kami hanya mampu menampung sehingga 3 bulan sahaja kerana kekurangan dana. Semoga Allah permudahkan usaha kecil ini dan dapat kami menghantar beberapa ustaz lagi untuk berjihad di sana. InsyaAllah.

Bantu kami.

Jumpa lagi.

 

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 
Krabi perlukan pertolongan kita!
Kusyi Hirdan 19 Julai 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum,

Sekadar cerita...
Saya dan kumpulan amal Superfrends baharu sahaja pulang dari Krabi. Ia misi kembara amal kecil yang kami sudah adakan beberapa kali. Sebelum ini kami pernah menghantar buku2, tudung, sedikit bantuan kewangan dan juga mengadakan kenduri di sana.
Cuma kali ini agak berbeza. Sebelumnya kami sekadar ke sekolah menengah muslim Wangthong kepunyaan keluarga Rushdy Thakloy sahaja, sahabat yang kami kenali sejak kunjungan pertama lagi, diperkenalkan oleh sahabat saya Ahmad Fedtri Yahya dari TV3.
Kali ini kami visit pula sekolah keluarga Rushdy yang baharu, Sekolah Rendah Muslim Wangthong pula. Terletak di Khlong Yang, lebih kurang sejam dari Aonang. Bermakna mereka dah ada 2 sekolah, sekolah menengah dan sekolah rendah.
Kunjungan ini menjadi kerana Rushdy memberitahu amat memerlukan bantuan pengukuhan Islam di tempatnya. Mereka kekurangan guru agama, sangat kurang. Apabila Islam tidak kukuh, mudah sekali ramai yg tersimpang. :( Di mana2 pun sama, apatah lagi di negara minoriti Islam.
Jadi kami, dengan bantuan dana dari para penyumbang budiman, berusaha utk menghantar seorang ustaz bagi mengajar al Quran di sana.
Selain itu kami adakan program sampingan. Mengedarkan telekung, barang dapur dan juga zakat. Kami bagi tahu Rushdy kalau zakat tu mesti asnaf ya. Dan setiap kali, semuanya adalah fakir dan miskin serta mualaf. Zakat kami sikit sangat.
Ketika kami menghantar barang2 dapur, ada beberapa orang lain yang kami rasa nak beri, tapi kata, Rushdy tak cukup kak, sebab barang kita dah cukup2 utk 40 orang fakir miskin je.
Okeylah kata saya, mungkin rezeki mereka di lain kali.
Namun, cerita Rushdy, ada seorang ini yang sentiasa mengikuti rombongan agihan kami sehingga ke akhir. Mungkin dia berharap kehadirannya di sedari. Sampai ke sudah, tiada yg perasan lalu dia sendiri bertanya, adakah lebihan untuknya?
Baru Rushdy perasan, orang itu juga fakir miskin. Bagaimana mereka boleh tak perasan dia? Bagaimana dia boleh tak masuk dalam list? Akhirnya Rushdy balik ke rumah dan ambil barang2 dapur di rumahnya sendiri kemudian hantar ke rumah insan tadi. :(
Kesiannya kami dengar...
Apakan daya, dana kami pun tak sebanyak mana, cukup utk 40 penerima shj. Kejatuhan matawang Msia memang agak memeritkan bg kami. Semuanya jadi mahal. Jadi kami cuba buat yang terbaik.
Fokus utama kami di Krabi ialah menghantar seorang ustaz mengajar al Quran di sekolah rendah agama Wanthong. Asalnya kami sangka anak2 itu sudah boleh mengaji jadi kami target juz amma. Namun setelah dibuat screening, ternyata ramai yg tak mengenal huruf atau mengeja jadi mereka kena bermula dengan iqra' dahulu. Bermula dari bawah.

Mereka sangat kekurangan guru agama atau guru al Quran. Guru yang ada sekadar mengajar murid2 menghafal doa dan beberapa surah lazim dan ayat2 yang digunakan utk solat, juga adab budaya keislaman. MasyaAllah, mereka ini sangat memerlukan bantuan pengukuhan Islam daripada kita.

Mula-mulanya 43 orang pelajar, kami bahagikan kpd 3 kelas. Kemudian di hari sebelum kami balik tu, ada lebih kurang 26 lagi yang perlu masuk ke kelas, jadi sudah 5 kelas semuanya.
Tidak termasuk orang kampung dan mualaf yang nak belajar al Quran juga. Dengan tenaga hanya seorang guru yang kami tinggalkan, tentu sahaja ia tak memadai.
Patutlah Rushdy memohon beberapa guru. Itupun pihak sekolah hanya target pelajar darjah 4-6 sahaja (10-12 tahun). Jadi dah sedikit narrow. Walhal, pelajar yang ada ialah 360 orang!
Ustaz Imran, mudir merangkap guru besar, beritahu kami, elok sangat Superfrends berikan telekung kpd guru2 kami di sini. Ini kerana guru2 juga ada ilmu Islam yg sgt basic. Mereka berkelulusan tinggi di peringkat sekolah dan kolej tetapi ilmu Islam sangat longgar. Ini kerana kekurangan guru tadi...
Kami berhrp dpt mengadakan bengkel fardu ain dan perbetul surah kpd guru2 yang ada 23 orang itu. InsyaAllah.
Sebenarnya, asalnya, guru2 tak termasuk dlm penerima telekung sebaliknya hanya orang kampung yg miskin, tetapi takdir Allah menentukan sebaliknya.
Sekolah ini tidak mengenakan sebarang yuran walau ia sekolah swasta. Sebab kata Rushdy, kalau kenakan yuran mereka akan pergi ke sekolah kebangsaan. Jadi hilang peluang keluarga Rushdy untuk mendidik anak-anak itu tentang aurat, bertudung dan mengerjakan solat. MasyaAllah, begitu sekali usaha keluarga Rushdy.
Bantu kami! Bantu kami mengukuhkan Islam yang sangat longgar di perkampungan Klong Yang, Krabi. Kami perlu menambah seorang atau dua lagi ustaz ke sana untuk membantu Ustaz Azzan.
Dana yang kami perlukan ialah untuk elaun ustaz, dana perjalanan, dana pergerakan, dana program, telekung dan lain2 yang berkaitan.
Tolong war2kan dan hebahkan keperluan ini ya. Tkasih.
*** Nota: Ini adalah satu2nya program amal Superfrends setakat ini di luar negara. Thailand dipilih kerana ia negara jiran terdekat.
Program2 lain seperti menghantar barang dapur kepada warga susah, program ziarah hospital, memberi makan pelajar susah, program ramadan, program baju sekolah dan lain2 hanya berlangsung di Malaysia sahaja. Harap maklum. :)

Jumpa lagi.

kusyihirdan@gmail.com


 
Syawal 2016 pun tiba
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Semoga kita bertemu Ramadan lagi. InsyaAllah. Dah rindu dah pada Ramadan...

Salam Syawal dari saya dan Pak Aji, dan juga dari tenaga core Superfrends...

Maaf zahir batin kepada semua pembaca setia dan pembaca baharu.

Berbuat baiklah kerana redha Allah. Bukan kerana redha manusia.

 

 

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 

 
Terima kasih atas sokongan!
Kusyi Hirdan 22 Jun 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Bulan Ramadan tahun ini 2016, saya dan kawan-kawan, dapat bersama-sama mengadakan program2 kecil. Kadang, kita merajuk hatikan sesuatu, rasa tak mahu buat lagi. Tapi rajuk hilang entah ke mana apabila segalanya terhapus dengan kepuasan membuat program2 Superfrends.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Diam tak diam, menjelang 19hb Jun 2016, 11 program ramadan sudah berjaya dilaksanakan dengan serba sederhana.

Tanpa pertolongan sukarelawan kami, SAHABAT SUPERFRENDS, tentu kami bertiga, founder Superfrends tak terdaya melakukan semua di atas.

Hampir sebulan mereka ini berkampung di rumah kami. Dari sebelum ramadan sampailah ke semalam. Orang lain semua balik ke rumah, ke kampung masing-masing, rancang percutian atau pun bekerja sementara kerana cuti semester, mereka ini berkampung ke rumah kami yang sempit dan kecil. Sebaik selesai final exam, mereka simpan peralatan asrama di stor kecil kami. Mohon kebenaran dari ibu bapa untuk terus tinggal di Melaka. Tinggal bersama kami.

Setiap hari ada sahaja yang mereka kena buat. Semuanya demi persiapan program2 Ramadan yang dirancang, yang memang pack dan hectic. Dari sebelum Ramadan, awal ramadan, sampailah ke program terakhir di Perak. Ada juga volunteer yang datang membantu di beberapa program, kerana mereka ada tanggungjawab lain yang lebih penting dan wajar didahuluikan. Kami faham dan tidak memaksa. Namanya pun kerja volunteering kan. Dahulukan yang penting dahulu. Pertolongan mereka tetap kami alu2kan.

Tapi mereka ini, dari mula, dari persiapan awal lagi. Dari ketika mereka sedang berperang dengan exam lagi. Mereka sudah luangkan masa bersama kami melakukan persiapan demi persiapan. Yang semuanya tak mudah, penat dan menduga ketahanan. Berpuluh kali packing, mengangkat barang, memasak, buat biskut. Dan mcm2 lagi.

Saya dan Superfrends juga mengucapkan jutaan terima kasih pada para penyumbang budiman sekalian. Tanpa sokongan mereka semua, kami tidak dapat merealisasikan apa yang diimpikan.

Kita sebagai penyampai sahaja. Allah sudah tetapkan rezeki buat setiap sesuatu itu.

Mohon maaf dan kehalalan sekiranya kami ada tersilap dalam pengagihan tanpa kami sedari. Maaf zahir batin.

Walaupun, ramadan adalah bulan sebaik baiknya utk bersedekah kami harap ia tidak terhenti di sini. Kerana mereka yg susah ada sepanjang tahun.

Di bawah ini ialah senarai program yang telah berlangsung:

1) 1 mei, memasak laksa goreng utk edaran ramadan. 100 packs semuanya.

2) 3 Jun. Edaran pra ramadan kpd jiran tetangga dan lecturer kuim. 100 packs yg mengandungi kurma, gula dan kicap mini.

3) 9 Jun. Agihan 150 juadah berbuka di trafik light, batu pahat. Bihun, kuih, kurma, roti krim, air kotak.

4) 10 Jun 2016. Membawa 40 asnaf batu pahat beli baju raya, berbuka, moreh, sahur dan menginap di hotel Pine Tree, Batu Pahat.

5) 14 jun. Qiamulail dan bersahur di masjid Al Hasaniah, KSB, diikuti dengan tadarus surah al emran dan yaasin, Peserta 31, Fasi 9, Sfrends 3

6) 15 Jun membawa 10 asnaf yg terdiri dari pelajar Sek Men Rahmat dan keluarga serta anak yatim membeli baju raya di Aeon bandaraya, Melaka. Mereka juga mendpt sumbangan duit raya dan hamper persiapan raya.

7) 16 Jun. Jemputan berbuka puasa anjuran Kuyam di Kuala Kangsar, Perak. Superfrends turut menyelit menyumbang 20 hamper persiapan raya utk asnaf maahad tahfiz dan guru mereka. Majlis berlangsung di di Sayong Resorts, Kuala Kangsar.

8) 17 Jun. Edaran 14 hamper raya dan zakat kpd asnaf di Kampung Sungai Tinggi, Pantai Remis.

9) 18 Jun, Majlis berbuka puasa bersama asnaf Idrisiah 20 orang, tetamu jemputan dan sukarelawan Superfrends di Hotel SSL Taiping. Turut diagihkan ialah sumbangan duit raya serta zakat.

10) Tengah malam 18hb jun selepas majlis 9 diatas berakhir, kami mengagihkan pula hamper raya kpd gelandangan di Taiping, pekerja majlis bandaran yg bertugas mengutip sampah, polis di lapangan dan polis di balai, Taiping.

11) 19 Jun. Berangkat pulang. Dalam perjalanan pulang, kami mengagihkan kuih raya ke balai polis Tapah dan balai polis Bidor.

MasyaAllah. Semuanya dengan izin Allah jua.

Hari ini, sudah 17 hari kita berpuasa. Semoga rahmat di bulan Ramadan ini dapat kita nikmati bersama. Semoga Allah memberikan husnul khotimah kepada kita semua. InsyaAllah.

 

Maaf zahir batin.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 
Ramadan ini tanpa Kak Yong
Kusyi Hirdan 08 Jun 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

SALAM RAMADAN BUAT SEMUA PEMBACA... Bertemu lagi kita di bulan yang mulia, penuh rahmat dan dirindui ini.

Buat Kak Yong...

Tak sama dah kali ini sejak Kak Yong pergi. Tak sama. 
Kak Yong anak saudara Wan cik yang sulong. Yang sangat kami kasihi.
Selama 34 tahun usia Kak Yong di dunia ini, bila tiba ramadan, pasti kita dapat berbuka bersama. Wan cik yang selalunya ke rumah. Selalunya wan cik akan bawak buah tangan. Bila waktu berbuka Kak Yong akan tanya mana satu yang Wan cik bawak, dan akan makan. Tanya beli dimana dan selalunya puji sedap.

Selalu juga Kak Yong gurau, tanya, wan cik yang buatkah?
A ah. Buat di kedai. Jawap wan cik. Gurau begitu memang selalu berlangsung antara kami.

Lima tahun kebelakangan ini selalu wan cik dan ayah zul bawak cik kham berbuka sekali di rumah Kak Yong. Selalu cik kham akan mengaku, dialah yang buat kuih2 tu.
'Ye lah tuuu!' balas Kak Yong. Itulah trademark kak yong kalau bergurau.

Kami sekeluarga memang selalu mengusik kak yong sebab tahu dia yang senang bergurau dan jarang sekali tarik muka masam. Cepat memaaf. 

Bulan April lepas, biasanya setiap tahun, Kak Yong akan ucap 'happy anniversary' pada wan cik.  Kak yong antara yang selalu ingat. Begitu juga ketika birthdays. Personally akan mesej.

Tahun ni... Terasa sangat sebab no more wishes from you. Wan cik hantar mesej pada Wan Chu, beritahu dia, tiada lagi ucapan dari Kak Yong.

Berbuka, makan2 dengan Kak Yong, usik Kak Yong, tak ada lagi dah. Berat lepaskan Kak Yong pergi. Sampai hari ini walau sudah 4 bulan berlalu wan cik rasa mimpi.

Adakah mimpi yang wan cik mandikan jenazah Kak Yong hari itu? Mimpikah? Tidak. Sebenar-benarnya Kak Yong sudah dipanggil Allah mengadapNya.

1 ramadan ini, wan cik ziarah pusara Kak Yong... Selepas ziarah ini Wan cik akan buat seperti tahun tahun lalu, sama seperti masa Kak Yong masih ada. Hari ini, 1 ramadan ini, akan ke Manjalara dan berbuka dengan ayah, bonda dan adik-adik Kak Yong. Ya, Allah, tiada siapa dapat menduga perancangan Allah Yang Maha Kuasa, yang rupanya Kak Yong dulu pergi dari kami.


Pasti tak sama kini. Sedih. Sayu. Kosong. Yang sama kasih sayang kami kepada Kak Yong adalah selama-lamanya. Forever. Semoga Allah pertemukan kita di syurga nanti, InsyaAllah.


Your aunt,

Wan Cik


Mohon para pembaca sedekahkan Al fatihah buat PUTERI 'AINON NAZIRAH NAJMI aka Kak Yong.


Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya


 

 

 


.

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita....

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 7 of 22

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan."

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini69
mod_vvisit_counterSemalam229
mod_vvisit_counterMinggu ini910
mod_vvisit_counterMinggu lepas3290
mod_vvisit_counterBulan ini7052
mod_vvisit_counterBulan Lepas12245
mod_vvisit_counterKeseluruhan720222

We have: 20 guests online
Your IP: 54.167.250.64
 , 
Today: Okt 17, 2017

Masa Itu Emas..