Kata Kusyi
Ramadan ini tanpa Kak Yong
Kusyi Hirdan 08 Jun 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

SALAM RAMADAN BUAT SEMUA PEMBACA... Bertemu lagi kita di bulan yang mulia, penuh rahmat dan dirindui ini.

Buat Kak Yong...

Tak sama dah kali ini sejak Kak Yong pergi. Tak sama. 
Kak Yong anak saudara Wan cik yang sulong. Yang sangat kami kasihi.
Selama 34 tahun usia Kak Yong di dunia ini, bila tiba ramadan, pasti kita dapat berbuka bersama. Wan cik yang selalunya ke rumah. Selalunya wan cik akan bawak buah tangan. Bila waktu berbuka Kak Yong akan tanya mana satu yang Wan cik bawak, dan akan makan. Tanya beli dimana dan selalunya puji sedap.

Selalu juga Kak Yong gurau, tanya, wan cik yang buatkah?
A ah. Buat di kedai. Jawap wan cik. Gurau begitu memang selalu berlangsung antara kami.

Lima tahun kebelakangan ini selalu wan cik dan ayah zul bawak cik kham berbuka sekali di rumah Kak Yong. Selalu cik kham akan mengaku, dialah yang buat kuih2 tu.
'Ye lah tuuu!' balas Kak Yong. Itulah trademark kak yong kalau bergurau.

Kami sekeluarga memang selalu mengusik kak yong sebab tahu dia yang senang bergurau dan jarang sekali tarik muka masam. Cepat memaaf. 

Bulan April lepas, biasanya setiap tahun, Kak Yong akan ucap 'happy anniversary' pada wan cik.  Kak yong antara yang selalu ingat. Begitu juga ketika birthdays. Personally akan mesej.

Tahun ni... Terasa sangat sebab no more wishes from you. Wan cik hantar mesej pada Wan Chu, beritahu dia, tiada lagi ucapan dari Kak Yong.

Berbuka, makan2 dengan Kak Yong, usik Kak Yong, tak ada lagi dah. Berat lepaskan Kak Yong pergi. Sampai hari ini walau sudah 4 bulan berlalu wan cik rasa mimpi.

Adakah mimpi yang wan cik mandikan jenazah Kak Yong hari itu? Mimpikah? Tidak. Sebenar-benarnya Kak Yong sudah dipanggil Allah mengadapNya.

1 ramadan ini, wan cik ziarah pusara Kak Yong... Selepas ziarah ini Wan cik akan buat seperti tahun tahun lalu, sama seperti masa Kak Yong masih ada. Hari ini, 1 ramadan ini, akan ke Manjalara dan berbuka dengan ayah, bonda dan adik-adik Kak Yong. Ya, Allah, tiada siapa dapat menduga perancangan Allah Yang Maha Kuasa, yang rupanya Kak Yong dulu pergi dari kami.


Pasti tak sama kini. Sedih. Sayu. Kosong. Yang sama kasih sayang kami kepada Kak Yong adalah selama-lamanya. Forever. Semoga Allah pertemukan kita di syurga nanti, InsyaAllah.


Your aunt,

Wan Cik


Mohon para pembaca sedekahkan Al fatihah buat PUTERI 'AINON NAZIRAH NAJMI aka Kak Yong.


Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya


 

 

 


.

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita....

 
Salam pagi Sabtu
Kusyi Hirdan 28 Mei 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita....

Salam pagi Sabtu. Dari semalam hinggalah ke pagi, KSB dibasahi hujan. Selepas solat subuh, saya buka tingkap dapur dan pintu hadapan, untuk memberi peluang rumah kecil kami dimasuki aura pagi, angin sejuk segarnya. Tembus dari depan ke belakang. Belakang ke depan. Rintik hujan masih kedengaran. Begitu Ia juga wind chime yang menyanyi2... Burung2 berbunyi dengan suara berbeda2.

Rumah ini sering bergedup. Pintu tingkapnya sering bertutup. Kerana seperti kebanyakan rumah di sini, kami memasang aircond. Aircond bukanlah sesuatu yang asing di mana sahaja.Ia sudah menjadi keperluan. 

Kadang-kadang, rindu dengan kesejukan udara natural seperti 30-40 tahun lalu tika tinggal di Bukit Chandan... Bukit Chandan perkampungan di atas bukit jadi sejuk malam dan paginya menyengat. Ingat lagi, zaman itu, hendak ke sekolah, perjalanan saya diselebungi kabus. Dan saya sering mengenakan sweater. 

Di KSB ini, kepanasan menyengat, maklum kami terletak di tepi laut. Lapisan ozon yang menipis juga menambah sebab cuaca kita semakin panas. Alam semulajadi semakin dimusnahkan, hutan diceroboh, gunung gunang ditarah. Segala sumber alam penyumbang kesejukan dan kesegaran sudah dinodai oleh tangan2 yang kononnya mahukan pembangunan. Sebenarnya yang ada difikiran mereka adalah keuntungan :(
Pembangunan yang plastik. Mereka tidak peduli kesannya kepada kehidupan. Kerosakan yang telah mereka lakukan.

Pagi ini, rasa seronok dengan kesejukan yang di hasilkan oleh alam semulajadi. 
Wangi pagi.
Bunyi pagi.
Haruman pagi. 

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 

 
Menuntut ilmu!
Kusyi Hirdan 16 Mei 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita....

Mohon maaf. Saya tahu ada yang sudi menjenguk blog ini melalui notifications tertera. Sejak sekian lama, saya tahu blog ini mempunyai pengikut setianya. Terima kasih.

Mohon maaf kerana begitu lama saya tak mengemaskininya. Kesibukan bukanlah alasan. Namun apa lagi alasan yang boleh saya beri melainkan betapa saya gagal menafaatkan masa yang ada. Maka terpinggirlah blog ini kerana kesibukan saya dengan hal peribadi, kerja dan program Superfrends.

Semuanya memberi kepuasan kepada diri tetapi manakan sama dengan kepuasan yang saya dapat acapkali menulis di blog ini. Blog yang sudah bersama saya sejak sekian lama.

Seorang penulis akan merasakan hidupnya tidak lengkap tanpa dapat menulis apa yang dirasanya, apa yang dilihatnya. Dan ia bukan sekadar kemarahan, rajuk atau sumpah seranah. Sebagaimana yang sering tertera di laman2 sosial.

Seorang penulis akan menulis tentang alam. Tentang perjalanan sehelai daun menuju ke tanah. Tentang hujan yang muzik iringannya. Juga tentang angin yang menghembus lalu dia teringat kenangan bersama teman yang telah kembali kepada penciptanya. Penulis merasai pelbagai rasa.

Saya seorang penulis yang begitu. Bukan kerana saya seorang penulis novel atau wartawan. Memang saya suka menulis sejak kecil lagi. Dulu2, saya menulis di diari. Saya menulis apa saja. Kemudian bila saya mula menginjak remaja saya menulis cerpen, puisi dan berita.

Saya sangat mencintai dunia penulisan.

Penulis tidak akan sunyi kerana dia mendapat kedamaian dengan menulis dan membaca.

Saya jarang dapat membaca suratkhabar atau pun buku sekarang ini tetapi selalu saya cuba mencari masa untuk membaca juga. Membaca di alam maya tak sama. Tak sama keindahannya, kepuasaannya dengan membaca akhbar dan buku yang boleh dipegang, dialih muka suratnya.

Membaca akan membuatkan kita menambah pengalaman dan pengetahuan. Menambah keyakinan diri. Cuma bab belajar, terutama ilmu agama harus berguru.

Membaca, jadikan rutin. Membaca buku, membaca akhbar, membaca al Quran.

Menuntut ilmu, jangan berhenti walau sudah dihambat usia. Ke masjid, sentiasa ada ilmu di situ.

Membaca.

Menuntut ilmu.

Berkongsi ilmu.

Biarlah segalanya bermanfaat ke dunia akhirat.

 

Jumpa lagi. Maaf zahir batin.

 

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

 
Bersama, 24 tahun, berdua
Kusyi Hirdan 16 April 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

Bila lihat memori tarikh 11 April beberapa tahun lepas di fb, ada gambar2 kami berdua meraikan anniversary. Ada yg di Ipoh, ada yg di Melaka. Kalau birthday tu, kami rasa spt individual tetapi anniversary, lebih kepada berdua. Lebih bermakna...

Sementelah sudah 24 tahun kali ini saya dan Zul menyambutnya.
Tahun 2016 ni, peringatan tentangnya rasa berbeza sangat sebab ramainya insan-insan yang dekat dengan saya turut memperingatinya.


Seawal 2hb April lagi, bersekali dengan majlis Acan, Cik Kham dah menyambutnya di Muar. Ada kek...


Kemudian, semalam, di bawah cahaya bulan sabit yg tersenyum smile emoticon volunteer Kami Superfrends yg saya sangat kasihi, Dayah, Farahan, Aten, Anip, Azzan, turut buat surprise dengan kek istimewa. Setiap orang dapat kek lain-lain. Tak tahu bila mereka beli.


Hari ini, selepas program Tilawah berakhir, adik-adik dari Dapur Superfrends (bantuan makanan kpd pelajar susah) juga buat surprise untuk kami, dua kek cantik lagi. Kata ceritanya Anurin yg jadi runner beli kek. MasyaAllah terharunya.


Mereka ini 32 orang semuanya, sudah kami anggap spt anak kami. Ada rasa kasih sayang pada mereka.

Kami Superfrends yang pengasasnya saya, Zul dan Cik Kham, memohon maaf sekiranya kami melakukan kesalahan, terlebih atau terkurang dlm pengagihan. Sesungguhnya kami tak sengaja. Kami mencuba yg terbaik. Sekiranya kami selalu marah, pada volunteer mahu penerima Dapur Superfrends, percayalah ia kerana kasih sayang kami.

Semuanya, Hanif, Azzan, Habib, Hidayah, Farahan, Aten, Shikin, Abdullah, Taufiq, 32 adik-adik penerima Dapur Superfrends, dan lain-lain lagi yg tidak dapat kami sebutkan namanya di sini, you know who you are, ketahuilah kami menyayangi kamu semua dan mendoakan kita sama-sama dirahmati Allah. Doakan kami selalu ya. We love you.

Thanks a million for the lovely cakes. To my beloved husband, I love more and more everyday.


Jumpa lagi,

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 
Kak Yong, The Daun & Gifts siri kedua
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

Sayunya hati hari Jumaat ini. Anak saudara, Nadrah beritahu ada bungkusan untuk saya di rumahnya di KL. Memang hal surat menyurat saya masih menggunakan alamat di rumah itu. Bila dia tunjukkan gambar envelope melalui whatsapp, saya tahu apa isinya.

Ia siri kedua siri Kak Yong, The Daun & Gifts. Akhirnya, setelah sekian lama, buku ini berada di pasaran dan pihak Buku Prima mengirim writer's copy kepada saya.



Saya pernah beritahu, nama The Daun saya ambil dari sebuah spa di Bali dan nama Kak Yong pula ialah dari nama anak saudara sulung saya, Puteri 'Ainun Nazirah Najmi yang kami panggil 'Kak Yong'.
Kak Yong sudah pergi menemui penciptanya pada bulan Februari lalu dengan mengejut sekali. Diusianya 34 tahun.

Selalu saya excited dan gembira setiap kali buku baru siap dan writer's copy sampai ke tangan. Tapi hari ini, sayu sangat rasanya.
Rindu sangat rasanya. Rindu kepada arwah.

Arwah pernah excited sama bila siri pertama keluar dulu, bila saya bagi tahu ia sempena namanya...

Mohon sahabat semua sedekah ayat suci buat arwah. Al fatihah.

Siri pertama Kak Yong, The Daun & Gift.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 


 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 8 of 22

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini566
mod_vvisit_counterSemalam126
mod_vvisit_counterMinggu ini2051
mod_vvisit_counterMinggu lepas2138
mod_vvisit_counterBulan ini5623
mod_vvisit_counterBulan Lepas12548
mod_vvisit_counterKeseluruhan731341

We have: 9 guests online
Your IP: 54.158.214.111
 , 
Today: Nov 18, 2017

Masa Itu Emas..