Kata Kusyi
Kadang... kita sangat selfish :(
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

 

Dulu kita susah, kita tak makan, duit dlm poket sentiasa kosong semasa zaman belajar dulu. Apa je nama yang tak kena dengan kita. Sengkek. Kebulur. Pokai. Itulah zaman kita. Itu memori kita. Memori pahit dan manis.

Nak balik asrama, kadang bapak hantar sampai stesen bas di kampung je. Lepas itu kita kena naik keretapi, naik bas lagi dua tiga kali kena tuko. Naik bas mini. Sampai asrama kita dah lunyai.

Tapi kenapa ada yang merasakan, 'biar derang rasa', bila kita ceritakan tentang kesusahan pelajar-pelajar skrg? Yang ramai pelajar kita kelaparan kerana mereka datang dari keluarga susah.


Ayat 'biar derang rasa' ini selalunya dituju kepada orang lain. Anak orang lain. Orang kampung lain. Daerah lain. Yang bukan kena mengena dengan kita.

Cer kalau anak kita sdri mesti kita tak sampai hati kan. Maka keluarlah kata-kata hikmah ini ---- > 'I tak mau lah anak I rasa susah macam I dulu tu... bla... bla... bla.'

Anak kita jangan susah sikit pun. Makan mesti kenyang. Duit poket mesti cukup. Kalau balik tiap minggu, walau jauh, kita sanggup hantar sampai ke pintu pak guard. Kita tak mahu anak kita susah-susah naik public transport. Kita dulu rasa susah jadi mereka kita nak merasa senang. Takut pula dibiarkan naik public transport. Bahaya zaman sekarang ni.

Tapi hairannya, bila anak orang lain kita rasa okey pulak? Kita boleh senang-senang cakap, 'biar derang rasa.' Alah, gua dulu pun susah jugak. Lagi susah dari tu. Okey je hidup skrg what! Public transport, ok le. 'Biar derang rasa susahnya'.

Derang lagi! Derang tu dah tentunya bukan merujuk kepada anak sendiri... Ada... Ada yang mahu anak mereka belajar susah. Merasai.... Tapi tak ramailah.

Adakah kita selfish? Anak kita kenyang, tapi ada rakannya yang kelaparan... Mungkin seasrama dengan dia. Atau di kolej-kolej lain, universiti lain?

Take your time and think.

*** SUPERFRENDS memberi makan kepada pelajar susah KUIM seramai 32 (terkini). Program yang dinamakan DAPUR SUPERFRENDS ini sudah berlangsung selama 4 semester. Bantu hebahan untuk kami terus mengumpul dana bagi tujuan ini.

 

 

 

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya


 
Memoriku... dan wind chime
Kusyi Hirdan 25 Februari 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

 

Ketika saya menulis posting ini, jam baru menjelang 12.47 tengah hari. Cuaca amat panas tetapi berangin. Di luar wind chime berbunyi riang sekali. Kelin, kelin, kecin, kecin...

Bagi yang mengenali saya, tahu tentang kegemaran saya pada wind chime ini. Di mana-mana saya tinggal, setiap rumahnya pasti ada wind chime. Walau di rumah flat ataupun di rumah bawah.

Di pejabat pun... Dulu di Berita Publishing, tak silap di Harakah pun saya ada wind chime saya sendiri. Saya gantunglah di mana-mana. Kalau di ofis, tak dapat sumber angin sebenar, saya sendirilah yang menjadi sumber angin itu. Saya gunakan jari saya untuk hasilkan bunyi.

Entahlah... saya suka sangat impak yang diberi oleh wind chime ini. Mungkin kerana ia mengingatkan saya tentang memori di kampung ketika kecil. Di rumah kampung bertiang kayu, di berandanya ada wind chime.

Saya tak ingat siapa yang beli wind chime itu... Ia berbentuk seperti bilahan bumbung pagoda. Pembunyinya bertali tangsi, ada tulisan cina. Entah apalah tulisan itu maknanya. Wind chime itu ada lama bersama kami.

Kemudian, bila rumah kami diperbesarkan, kami ada beranda yang lebih besar, ada juga wind chime yang lain. Ini pun saya tak pasti siapa yang beli. Makanya, saya dapat merasakan, ahli keluarga saya sukakan wind chime.

Wind chime yang ditiup-tiup angin, ia memberi impak yang besar kepada saya. Saya rasa tenang, lapang dan shahdu. Juga sayu. Saya rasa dekat dengan alam.

Dan waktu itu, kita akan tahu, angin sedang berhembus kuat. Kuasa Allah sahaja yang mampu melakukannya. Mana kipasnya? mana blowernya? Besar sungguh kuasaMU.

 

Ini wind chime luar rumah


 

Ini pulak dalam rumah.

 

Kini saya rasa kerinduan. Rindu pada suasana ketika kecil. Rumah kami yang panas dan mengharapkan angin luar untuk menyejukkan diri. Kalau bulan puasa, rasa nak tidur atas rumput di bawah rumah kerana di situ sejuk. Tapi saya tentulah takut :) tak berani nak buat semua tu.

Dahulu, cukup dengan angin, kita dah rasa selesa. Sekarang. Sepanjang masa penghawa dingin. Panas sikit dah sakit kepala, migrain. Oh, dulu, keadaan lebih sempurna sebenarnya. Sekarang, kita terleka dengan keselesaan.

Wind chime berbunyi-bunyi di luar.

Saya rasa sayu sangat kerana hati ini sangat merindu anak saudara yang baru kembali ke rahmahtullah.... Berderu-deru bunyinya wind chime itu.

Di rumah kampung kami di Bukit Chandan, arwah selalu menghabiskan zaman kanak-kanaknya di situ. Cuti sekolah, musim raya. Teringat, dia bermain di atas rumah, di bawah dan bebas bergembira, gelak tawanya. Zaman kanak-kanaknya, sungguh ceria.

Kenangan manis bersama Puteri Ainun Nazirah tersimpul rapi. Forever.

Wind chime terus berbunyi-bunyi.

 

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 


 

 


 
Terus merindu....
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

Hari ini dah Selasa, kita semua dah mula bekerja semalam setelah cuti raya cina yg panjang. Awal pagi dah bermula, meneruskan hari-hari biasa. Kerja nampaknya berderet menunggu.

Dalam keluarga, anak-anak saudara memanggil dengan gelaran Wan Cik. Kau pula, majoriti memanggil Kak Yong. Ada masa dipanggil Rah sahaja. Atau nama penuh di sebut - Nazirah.

Rah, Wan Cik rasa tak tahu bagaimana nak bermula, nak meneruskan kerja macam biasa, sejak Rah pergi meninggalkan kami. Rah pergi terlalu mengejut. Demam 3 hari kemudian masuk hospital. 30 jam selepas itu, Rah meninggalkan dunia ini.

Rah @ Kak Yong dah tak ada? Ia masih lagi kami anggap mimpi. Walhal hari ini sudah 14 hari Rah mengadap Allah, ke dunia yang kekal abadi.

Wan cik masih menangis... Mengenang, merindu. Rah seingat Wan Cik sangat pemurah. Tak berkira dan tak pernah membuatkan wan cik terasa hati. Walau sebenarnya, Rah adalah hebat. Hebat di bidang pelajaran dan kerjaya. Rah kekal humble. Rendah diri. Balik dari Turki, Rah belikan Wan Cik shawl berwarna shocking pink. Waktu itu Wan Cik rasa macam terserlah sangat. Tapi kini, shawl itu akan menjadi kesayangan Wan Cik.

Ingat lagi kali terakhir kami minta tolong Rah... Rah cuba tolong sedaya upaya. Ia tentang masalah setting pagination di Word. Ada complicated sikit bila menggunakan setting berbeza jadi Rah cuba bantu.

Itu hari, Wan Cik sendiri yang request gambar ini dari sahabat baik Rah juga rakan sepejabat Rah, Farah namanya. Farah bercerita, sebagai rakan sekerja dia juga sangat rindukan Rah. Dia mungkin melihat Rah dari sisi yang berbeza, sisi seorang kawan. Dia juga sama seperti Wan Cik, yang terkejut kerana Rah pergi tiba-tiba. Farah juga antara sahabat Rah yang datang di hari Rah di hospital, sehinggalah ke akhirnya.

Dan hari ini Farah menghantar gambar yang Wan Cik mahu tu. Walau ada lagi gambar-gambar lain, wancik tak dapat meletakkan di sini.

Dari gambar itu Wan Cik tahu, Rah sangat gembira dengan kawan-kawan dan mempunyai kawan-kawan yang baik. Wancik dpt tengok tmpt duduk Rah di pejabat.

Wan Cik rasa sayu sebab di office baru ini kita tak sempat keluar lunch bersama. Di KLCC dulu pernah.

Oh, dulu, masa zaman Rah belajar di UiTM, kita selalu keluar bersama. Midvalleylah yang paling selalu jadi tempat kita berjumpa. Kita makan-makan, shopping atau tengok wayang bersama. Dari Rah, Wan Cik dapat tahu, kedai-kedai kopi yang mahal tu, ada masa mereka buat offer. Juga Wan Cik dapat tahu, tiket wayang ada hari-harinya akan bagi offer dan student ada harga istimewa.

Kita ada juga tengok cerita seram bersama-sama. Dan Rah akan gelakkan Wan Cik kerana banyak babak yang Wan Cik tak tengok dan tutup muka. Rah yang akan ceritakan pada Wan Cik.

Kita juga ada tengok teater bersama. Satu tu cerita seram. Wan Cik yang duduk sebelah hujung ni lari ke sebelah sana kerana terkejut. Gelak sakan Rah masa tu.

Oh.... Rah.... Banyak memori indah kita. Semuanya indah-indah belaka. Sebab Rah memang baik. Kalau kami usik, Wan Cik dan Ayah Chu memang suka menyakat Rah, Rah tak marah pun. Rah akan gelak. Habis-habis pun Rah akan kata - Eleh....



Dulu, Wan Cik sangat risau sekiranya Rah tak punya kawan yg baik tetapi rasanya kerisauan itu tak berasas lagi dah. Buktinya, di hari pemergian Rah, kawan-kawan Rah, baik perempuan atau lelaki, ramai yang stay untuk solat jenazah Rah. Itu yang Wan Cik terharu sangat. Kawan-kawan yang baik begitulah... Bukan hanya bersenang-senang sahaja dengan kita tetapi sehingga ke akhir usia kita dan kemudiannya mendoakan kita.

Selalu wan cik tulis di sini, memanggil Rah dengan nama Kak Yong, sebab itulah nama panggilan Rah yang paling popular dalam keluarga kita. Namun, baru Wan Cik ingat, wan cik sebenarnya lebih selalu memanggil Rah dengan panggilan 'Rah' kerana itu juga cara Rah membahasakan diri dengan wan cik.

Rah, anak saudara yang sangat Wan Cik kasihi. Semoga Allah mengasihi Rah dan meletakkannya di syurgaNya.

Kami sedih, rindu pada pemergiaan Rah yang tiba-tiba. Susah nak ke keadaan asal setelah Rah tiada. Kami tahu Rah tak mungkin kembali. Semuanya tak mungkin sama. Ruang yang lompong itu tak mungkin dapat diisi oleh sesiapa, seistimewa Rah.

Semoga pembaca blog Wan Cik ini dapat berhenti sejenak utk sedekah ayat suci buat Rah @ Kak Yong @ Puteri Ainun Nazirah Najmi.

Al fatihah.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya


KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

 
Kak Yong, rindu teramat di hati ini...
Kusyi Hirdan 11 Februari 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

Sekiranya masa dapat diputar kembali, itulah harapan saya. Tetapi masakan ia mampu. Masa akan terus berlalu dan berlalu tanpa dapat kita halang perjalanannya. Kita terlambat, tertinggallah. Kita terleka, kerugianlah. Begitu juga mati. Ia tiba tanpa dapat dihalang. Tepat pada waktu yang sudah tertulis. Terlambat tidak, tercepat pun tidak.

Pada 2hb Feb 2016 yang baru berlalu, saya kehilangan seorang lagi ahli keluarga. Kali ini anak saudara saya yang sulung. Kami panggil dia Kak Yong. Kadang kala Rah. Ada masa Nazirah. Nama sebenarnya, Puteri 'Ainun Nazirah bt Najmi. Anak sulung kepada kakak sulung saya, Ku Matun.

Perginya tiba-tiba. Tanpa petanda. Sehari sebelumnya, kakak saya menulis di whatsap grup keluarga kami tentang Kak Yong yang demam. Kemudian, ia bertukar cerita. Dari sekadar demam, dia dibawa ke hospital. Dan kemudiannya kritikal.

Kritikal? Bagaimana? Kenapa? Baru seminggu sebelumnya kami ke percutian keluarga di Cameron Highlands. Oh, Kak Yong akan sembuh semestinya. Dia mungkin masuk wad sekejap sahaja, kemudian akan sembuh. Kemudian keadaan akan jadi seperti sedia kala.

Dari Melaka saya dan Zul mengambil Cik Kham di Puchong dan kami sampai ke ward emergency menjelang tengah malam. Kakak terus menyuruh kami melihat Kak Yong. Ketika itu dia masih boleh sedar dan saya beritahu tentang kedatangan kami. Beritahu everything will be okay. Tetapi sebenarnya waktu itu saya amat terkejut kerana Kak Yong sudah diberi bantuan pernafasan.

MasyaAllah.

Dan kami terus cuba positif walau hakikatnya doktor sudah memberitahu betapa Kak Yong dalam keadaan kritikal. Sangat kritikal. Darahnya ada jangkaitan dan ia mungkin kerana mempunyai cist sejak 2 tahun sebelumnya dan perkara ini tidak kami ketahui.

Saya dan ahli keluarga yang lain bergilir-gilir ke katil Kak Yong dan kami berusaha membisikkan ke telinganya agar sentiasa berzikir.

'Kak Yong, I love you...' saya sempat menyampaikan kata-kata itu.

Menjelang selepas maghrib, di hari kedua, doktor memberitahu, Kak Yong akan dipindahkan ke ICU dari ward emegency. Entah bagaimana, saya dan adik lelaki Kak Yong, Fikri dapat mengiringinya bersekali dengan nurse. Dari ward emegency, kami sama-sama naik lif, sampailah ke ward dan di situ nurse di dalam menyuruh kami menunggu dulu kerana Kak Yong akan dipersiapkan ke katil barunya.

Kami adik beradik bergilir-gilir melihat Kak Yong. Setiap kali dua orang yang masuk. Sehinggalah sekitar jam 11 lebih, giliran saya, itulah kali terakhir saya dan Cik Kham melihatnya di dalam Icu. Hati saya sangat sedih menatap keadaannya.
Di luar, saya beritahu kakak mahu pulang berehat di rumah Cik Kham. Esok, selepas assignment pagi, saya datang lagi tengok Kak Yong. Mungkin menjelang waktu melawat HKL.

Positif. Walau tahu keadaan Kak Yong tenat tapi masih berharap Kak Yong bertahan dan seterusnya sembuh. Kakak saya sendiri sudah merancang jadualnya untuk minggu itu yang antaranya dia akan menjaga Kak Yong.

Kami pun pulang. Memang kepenatan kerana kurang tidur. Sampai di rumah sekitar jam 1 pagi. Terus mandi dan melelapkan mata. Sehinggalah dikejutkan dengan panggilan telefon beberapa jam kemudian dari kakak dan anak saudara yang mengatakan Kak Yong sedang nazak.

MasyaAllah. Kami segera bersiap. Saya menelefon Bahiyah dalam perjalanan ke kereta dan kami menangis bersama-sama. Di dalam kereta pula hingga ke hospital pun begitu itu. Saya tak boleh menahan diri dari menangis dan menangis. Ya, Allah. Adakah ini mimpi.

Perjalanan yang sunyi dan tanpa gangguan kenderaan di dinihari itu, kami segera sampai ke hospital lebih kurang jam 330 pagi. Sekitar jam 4 pagi, doktor mengumumkan : Kak Yong dah tak ada.

Luluh hati saya. Dia bukan sekadar anak saudara. Dia juga kawan. Umurnya 34 tahun dan tidak jauh bezanya berbanding anak saudara yang lain. Kami rapat sejak dia kecil. Zaman dia di Uitm pun kami selalu bersama.

Kami rapat sebagai ahli keluaga. Dia umpama adik di bawah Bahiyah kerana umurnya dan Bahiyah berbeza 2 tahun sahaja.

Dalam kesedihan itu, kami tahu, urusan Kak Yong perlu dipermudahkan. Ahli keluarga segera menyusun perjalanan Kak Yong bertemu penciptanya. Syukur, saya cuba membantu sedaya upaya.  Walau sebenarnya saya tidaklah sekuat mana tetapi saya perlu kuatkan diri. Mesti.
Mesti. Demi Kak Yong yang sangat saya kasihi.

Bersama-sama kakak dan abang ipar. Kak Yong akan segera dimandikan, dikafankan, dibawa ke masjid Manjalara dan kemudiannya dikebumikan di tanah perkuburan Segambut, di sisi neneknya yang terdahulu pergi.

Jika malam sebelumnya saya iring katil Kak Yong menaiki lif untuk dibawa ke ICU, subuh itu, saya sekali lagi iringi katilnya, kali ini Kak Yong sudah bergelar jenazah, turun ke bawah untuk dimandikan...

Betapa... betapa hati saya sangat sedih. Betapa, betapa, saya mengharapkan semuanya itu sekadar mimpi... betapa... betapa....

Hari pun berlalu.
Hari ini, hari ke 8, Kak Yong pergi. Saya masih hilang semangat. Perancangan program ziarah hospital Superfrends ke Hospital Ipoh pada 8hb yang lepas, kami teruskan juga kerana ia sudah dirancang lama dan sudah berjanji. Walau, di hati itu kesedihan belum reda dan menghantui.

Kesedihan ini, rindu ini, pasti tiada yang memahami. Mungkin ada yang menyangka, dia 'hanya anak saudara'. Bukan anak sendiri. Di dalam hati ini, Kak Yong lebih daripada itu. Saya sangat kehilangan.
Sangat kehilangan... :(

Sesungguhnya, setiap perancangan Allah itu pasti ada hikmahnya dan ia yang terbaik. Walau hati sebak dan pilu, saya reda, inilah ketentuan yang sudah tertulis buatnya. Kita terkejut, kita tak menyangka... Siapalah kita untuk mempertikai apa yang Allah rancangkan buat hambaNYA.

Iya. Segalanya umpama mimpi. Mimpi yang sebenarnya realiti.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa Kak Yong @ Puteri Ainun Nazirah Najmi dan meletakkan rohnya di sisi mereka yang beriman dan beramal saleh. Mohon juga sahabat-sahabat sekalian yang membaca tulisan saya ini, sedekahkan ayat suci buat arwah anak saudara itu.

Al fatihah.

Gambar: Arwah Kak Yong @ Puteri Ainun Nazirah Najmi,
berdiri, dua dari kiri.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 
Dua kali dirai
Kusyi Hirdan 28 Januari 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…


Rasanya setiap tahun, sejak usia anak saudara, si Puteri Ain kecil lagi, kami bertiga dah menyambut hari lahir bersama-sama. Puteri Ain dah pun 25 tahun. Kami bertiga, saya, Puteri Ain dan Azam semuanya anak-anak Januari.

Kemudian bila arwah abang saya berkahwin, dia mempunyai anak tiri, Azwan, yang juga lahir bulan Januari. Dan terakhir, bila Bahiyah berkahwin, suaminya Cik Kerul, Smilejuga kelahiran Januari.

Dari dulu, sehinggalah pertambahan ahli keluarga, hari jadi saya sudah rutin dirai keluarga dalam bentuk pakej begini. Adik beradik lain pun sama, yang bulan Jun pun ada ramai ahli keluarga yang sama tarikh lahirnya atau dalam bulan yang sama.

Kali ini kami menyambutnya di Cameron Highlands.

Namun sebelum itu, pada hari sebenar, sahabat-sahabat saya telah buat surprise birthday party buat saya. Real punya surprise. Sampaikan pak aji beritahu betapa sukarnya dia nak convince saya nak ajak ke lokasi surprise itu kerana saya nak ke tempat lain. Hahahah... Nasib baik saya beralah. Selalunya saya jarang beralah. Hahaha....

So sweet. Berbanding majlis di Cameron Highlands saya dah jangka tetapi yang sahabat-sahabat raikan saya tak jangka langsung. Sayu pulak hati.

Saya kongsikan di sini gambar-gambarnya ya.

 

Ini di Cameron Highlands dengan hadiah masing-masing.

Bantal bentuk buah :)

 

Ini keknya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini pula di Masjid Tanah. Surprise Surprise...

 

 

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 9 of 22

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

”Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat."

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini58
mod_vvisit_counterSemalam229
mod_vvisit_counterMinggu ini899
mod_vvisit_counterMinggu lepas3290
mod_vvisit_counterBulan ini7041
mod_vvisit_counterBulan Lepas12245
mod_vvisit_counterKeseluruhan720211

We have: 10 guests online
Your IP: 54.167.250.64
 , 
Today: Okt 17, 2017

Masa Itu Emas..