Kata Kusyi
Pemula 2016... novel baru
Kusyi Hirdan 19 Januari 2016 PDF Cetak E-mail

Assalamualaikum,

Pemula 2016, bakal terbit sedikit masa lagi. Novel baru. Cool

I am so excited!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Menanti hari esok...
Kusyi Hirdan 16 Januari 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…


Beberapa hari yang lepas, blog ini tak boleh dibuka. Sekarang dah boleh. Wink
Selamat berjumpa kembali.

Walaupun kebanyakan kita mempunyai facebook, twitter, instagram dan laman sosial lain, entah mengapa, hati saya masih terikat dengan blog. Saya mungkin old school. Itulah hakikatnya.
Sejarah saya mempunyai blog memang agak lama. Zaman blogspot dulu lagi. Sekitar 2004. Walau dengan adanya berjenis-jenis laman sosial, saya jenis yang tak boleh tinggalkan blog. Dalam sebulan mesti kena update blog. Sekali pun jadilah. Ada masa, berkali-kali saya update blog dalam sebulan.

Pernah terjadi juga saya tak dapat update kerana masalah peribadi dan kesibukan. Ketika itu saya rasa rindu... Hehehe... rindu berbicara di blog ini.
Sebabnya, blog ini paling dekat dengan diri saya. Ia tentang saya. Ia apa yang saya lakukan. Ia diikuti oleh sahabat-sahabat alam maya yang tak pernah saya kenali tetapi rajin menjenguk blog ini.

Mereka ini mengenali saya sebagai beberapa wajah. Wajah kerjaya saya seorang wartawan, wajah penulis buku dan wajah sebagai founder Superfrends.
Saya tahu ramai yang mengenali saya melalui blog. Kadang mereka mengenali orang terdekat saya kerana seringnya saya berbicara tentang mereka di sini.

Saya tahu saya mempunyai pembaca yang setia. Tapi bukanlah saya rasa diri popular pulak. Tidak. Saya pun tak harap begitu.
Terus terang saya sangat suka menulis. Menulis adalah jiwa saja. Terima kasih kerana anda sudi membacanya.

Alhamdulilah, Allah mengurniakan saya bakat dan kebolehan boleh menulis. Bukan penulis hebat tetapi memang suka menulis. Smile
Hari ini 15 Januari, bermakna besok 16 Januari adalah hari jadi saya. Cepatnya masa berlalu. Saya semakin tua.Cool
Saya melalui pelbagai cabaran yang berwarna warni dalam meniti usia ini. Suka duka, sedih, bahagia. Sakit, sihat, dan macam-macam lagi.

Saya pernah mengecap kejayaan. Pernah juga kejatuhan.
Semuanya menjadikan saya yang hari ini. Saya rasa saya lebih matang setiap hari, walau usia bukanlah penentu kematangan. Ada yang tua tapi tak matang matang.

Saya lebih banyak mencari kebahagiaan sekarang. Kebahagiaan akhirat. Namun, kebahagiaan di dunia juga sama pentingnya. Penting, apabila kita bahagia, orang sekeliling kita juga bahagia.

Pada suatu peringkat, saya lupa pada kebahagiaan diri sendiri dan sentiasa memikirkan tentang orang lain. Sebenarnya sampai sekarang pun. Cuma, sekarang saya rasa perlu memuaskan hati dan membahagiakan diri. Walau sekadar mendengar kicauan burung atau wind chime di luar rumah yang ditiup angin.

Esok, umur saya meningkat setahun lagi. Saya tetap seperti dulu. Saya masih melihat persahabatan bukan dikira pada kuantiti tetapi kualitinya. Saya masih setia, mencurah kasih dan cinta pada suami, yang begitu banyak berkorban demi saya. Dan saya juga berkorban demi dia. Kami saling melengkapi.

Saya.
Saya masih seperti dulu. Jumpa lagi. InsyaAllah.
Hadiah birthday daripada Pak Aji.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 




 
Rentetan 2015 Superfrends
Kusyi Hirdan 31 Disember 2015 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

Pengakhir yang manis bagi 2015. Entah mengapa, setiap kali, semenjak 2010 kewujudan Superfrends, pengakhir tahun sentiasa manis.

(Ini ada yang akan kata kami memuji diri sendiri melambung pulak ni)

Manis tu kerana setiap yang kami lakukan, memberi makna yang mendalam dan kepuasan tersendiri. Walaupun ia sesuatu yang kecil. Kecil bagaimana pun, tetap besar di mata kami.

1. Tahun 2015, kami bermula dengan program penganjuran kelas iqra' dewasa. Sehingga kini, jumlah pelajar sudah lebih kurang 100 orang. Bangga? Siapa tak bangga? Kami sangat bangga. Bukan bangga pada diri sendiri, tetapi bangga kepada pelajar2 kami yang berusia dari 45-84 tahun. Walau semua menyangka mereka hanya hangat taik ayam tetapi mereka membuktikan sebaliknya. Kelmarin, Ustaz Abdullah beritahu, dari juz amma, pelajarnya sudah naik Al-Baqarah.
Untuk memastikan program ini berjalan lancar dari Januari 2015 hingga kini, bukanlah mudah. Besar sekali cabaran dugaannya. Termasukkan cabaran mendapatkan tenaga pengajar dan dana gaji, sampai sekarang, bila berjumpa orang dan mereka bertanya ttg program Superfrends, kami akan pohon mereka bantu dari segi ini.

2. Januari juga, kami menghantar 100 dapur gas untuk mangsa banjir di Kuala Kangsar.

3. Februari, kami adakan program perbetul surah Al-fatihah di masjid melibatkan pelajar2 kami dengan bantuan fasi dari KUIM. Di waktu sama,
a) program menghantar barang dapur kepada warga susah dan sekolah tahfiz juga berlangsung.
b) Setiap bulan kami memberi sedikit cash kepada beberapa ibu tunggal terpilih. Yang selalunya sumbangan zakat
c) Dan setiap bulan kami menggajikan seorang pembersih surau untuk surau di masjid tanah.
d) Setiap bulan juga kami menghantar lampin pakai buang dewasa pada mereka yang terpilih

 


4. Bulan Mac kami adakan program ziarah hospital yang pertama tahun 2015

5. Hujung Mei kami dah mula membuat kuih raya, kali ini juga bersama pelajar KUIM untuk agihan hamper ramadan.

6. Masuk Ramadan, kami mengadakan beberapa program:
a) Program beli baju raya, berbuka puasa dan menginap di hotel untuk lebih kurang 60 asnaf Muar dan Melaka
b) Qiamulail dan program perbetul surah yaasin
c) Program berbuka puasa di masjid bersama 700 penduduk KSB
d) Edaran 150 hamper dan duit raya bernilai RM100 kepada 150 orang susah di Melaka dan Kuala Kangsar.
e) Majlis berbuka, solat terawih dan pemberian hamper serta duit raya bernilai RM100 dengan anak yatim pelajar KUIM

7. 1 Syawal, edaran putu perak di masjid Ubudiah.

8. Program Dapur Superfrends
Ini program yang memberi makan kepada pelajar susah di KUIM dan di semester yang ketiga ini, kami dapat memberi kepada 25 orang pelajar susah. Untuk ini sahaja kami memerlukan kutipan dana bernilai RM2500 sebulan. Bayangkan tekanannya. Tapi Allah sekali lagi sentiasa memberikan rezekiNYA.
Mereka ini bukan hanya mendapat bantuan makanan tetapi juga sumbangan zakat. Ada ketika, kami ziarah ke rumah keluarga masing-masing dan menghantar sumbangan kecil.

9. Acan. Acan ini adalah penerima bantuan Superfrends yang jauh sekali, di Muar, sebelum Cikgu Siti Z aktif sebagai sahabat Superfrends. Kami sebenarnya tidak dapat membantu Acan waktu itu kerana jauh. Dan waktu itu wakil Superfrends pun tiada. Skrg dah ada Cikgu Siti Z. Kami ada wakil Superfrends di Kedah yang membantu menghantar barang dapur pda org susah di sana.
Dana untuk Acan, yang memerlukan bantuan oksigen 24 jam Allah permudahkan. Kami dapat berikan penarik tabung gas dan ketika program di Zafrah dana untuk dia Rm1000 Allah berikan. Ada juga yang menyumbang untuk dana persekolahan abang dan adik Acan.
Superfrends juga bersama Cikgu Siti Z memberi kelas eksklusif cupcakes dan gubahan pulut kuning kepada emak Acan iaitu Kamariah. Ia demi memberi peluang Kamariah menambah pendapatan.

10. Rumah Teduhan Warga Emas Zafrah. Untuk rumah ini kami dikurniakan Allah rezeki untuk menghantar bantuan pamper, susu, sumbangan tilam, cadar waterproof dan juga mengadakan program mesra disertai pelajar KUIM. Sehari sebelumnya kami membawa warga emas itu keluar membeli belah di Giant dengan wang belanja RM100 seorang.
Di rumah Zafrah juga kita berjaya menyumbang mesin basuh auto berharga RM1500.

11. Program kedua ziarah hospital berlangsung pada bulan Oktober 2015.

12. Program Ceria beli baju sekolah. Alhamdulilah, ini program penutup tahun. Kami sendiri tidak menyangka dapat membawa 50 orang pelajar dan 20 penjaga untuk program ini. Pelajar mendapat dana belian RM200 seorang (Persiapan sekolah, bag, makan KFC). Penjaga dapat RM100 seorang. Selain itu mereka dapat lagi sumbangan2 hadiah lain.
Kali ini Superfrends dari negeri masing-masing diminta aktif menguntip dana untuk negeri mereka. Di Perak, Johor dan Melaka.

ALHAMDULILLAH. Allah memberikan rezekiNya dan memakbulkan doa kita semua. Walau ada yang tidak habis2 mengutuk kami, siap ada yg doa kami tersungkur lagi... 2015, Allah tidak putus2 kurniakan rezekiNya.
Syukur ya Allah. Syukur....

Semoga tahun 2016, kami terus istiqamah melakukan amal kecil ini. Doakan kami.
Untuk mengadakan program-program di atas, ia tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan perancangan, kerja keras dan pengorbanan yang bukan kecil. Belum lagi bab2 lain yang melibatkan hati dan perasaan. Menangis, terduduk, kecewa, marah, putus asa, hilang semangat sentiasa mengiringi. Ia tak boleh imuin. Tapi, setiap kali, Allah memberi kekuatan untuk teruskan, teruskan, teruskan.

Untuk semua sahabat yang mendoakan, menyokong kami. Thank u. I love u too.

MAAF ZAHIR BATIN.

 

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 


 
Tunku Jalil yang dikenang...
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

Beberapa hari selepas Almarhum Tunku Abdul Jalil mangkat, kami ke China mengikuti grup backpacking bersama Zul Muslims Economy Tour. Sebuah perjalanan yang di rancang selama hampir setahun.

Tentu ramai yang tahu, negara China telah memblok facebook, twitter, google, gmail, blog dan macam-macam lagi. Hati saya membungkam. Bukan kerana terpisah dengan dunia sosial yang biasa tetapi juga kerana tidak dapat mengikuti perkembangan di Malaysia, terutama tidak dapat membuka laman sosial Tunku Jalil.
Terus terang, saya jarang mengikuti mana-mana page facebook. Jarang menjadi follower. Namun page Tunku Jalil saya selalu ikuti. Satunya sebab apa yang diceritanya lain. Dia sangat humble. Saya suka mengikuti ceritanya.
Dua kerana dia sakit. Dia sakit tetapi itu tidak menghadkannya dari berbuat sesuatu yang sangat istimewa kepada orang lain.

Tentu semua yang mengikuti Superfrends tahu kami sedikit sebanyak ada memberi bantuan pada sahabat Superfrends yang sakit dan juga kami sangat dekat dengan program menceriakan warga hospital, pesakit dan petugasnya.
Jadi kerana itu, keadaan Tunku Jalil dekat di hati kami. Bila dia menceriakan hospital, kami harap masyarakat di luar sana tahu betapa perlunya kita semua memberi sedikit keceriaan kepada warga hospital, pesakit atau petugasnya.

Saya tidak pernah berjumpa alhamarhum pun. Tidak pernah melihatnya di mana-mana. Tidak pernah mengenalinya secara personal.
Di China, kerana tak dapat menggunakan google, saya bertukar kepada search engine yang lain iaitu yahoo untuk search segala yang berkaitan. Walau dalam kesibukan mengikuti jadual trip, di tengah malam, dalam kesunyian dan kesejukan yang mencengkam, China sudah mulai winter, saya membaca segala cerita berkaitan dan seorang diri saya merasa amat sayu. Sering kali saya tidur lewat kerana saya membaca dan melihat gambar-gambar berkaitan. Siang saya tidak berpeluang berbuat demikian.

Saya dapat membaca surat Tuanku Zarith kepada Jalil. Sedih sangat Cry

Saya membaca tulisan Zaharah Othman tentang perkenalan dengan almarhum (Zaharah ialah rakyat Malaysia yang tinggal di London dan merupakan penulis column di nst, adalah kenalan saya).

Saya membaca tentang tulisan-tulisan dari insan-insan yang pernah bertemu almarhum.

Sahabat kami Salina Basiran juga merakamkan pengalaman pertemuannya dengan insan hebat itu. Gambar almarhum bersama Adik Zikri saya rakam di posting ini.



Dalam sakitnya, putera itu cuba membuat pelbagai perkara. Dan kebanyakannya demi orang lain. Mulianya hatinya. Dia melawat hospital. Memberi keceriaan kepada mereka yang sakit. Dia memberi keceriaan kepada begitu banyak insan lain.

Melihat gambar-gambar pilu, Tuanku Sultan dan Permaisuri Johor yang menangis hiba, hati saya umpama disayat-sayat. Kita hanya melihat... Ibu dan bapa yang kehilangan anak kesayangan, lebih lebih lagi.

Selepas seminggu, saya kembali ke tanah air, cerita almarhum Tunku Jalil belum reda. Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia berkabung terhadap pemergiaannya. Semua kita rasa kehilangan.

Saya merasa kehilangan. Semoga Allah merahmati roh almarhum Tunku Abdul Jalil dan menempatkannya di syurgaNya.

Mari kita berhenti sejenak dan sedekah ayat suci buat almarhum.

Al-fatihah

 

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 
Dah siap azam baru?
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

 

Cepatnya masa berlalu. Baharu sahaja rasanya kita di bulan Januari, sekarang kita dah di bulan Disember dan bakal menempuh Januari sekali lagi. Cepat sangat kan.

Masa memang tak pernah menunggu kita. Kita yang selalu membuang masa. Alhamdulillah, walaupun serba kekurangan, tahun 2015 juga seperti tahun sebelumnya. Saya dan Superfrends sentiasa mempunyai program-program kecil kami.

Syukur, Allah memungkinkan semua. Tanpa rezeki dan nikmat yang Allah berikan, tentu kami tak berupaya melakukannya. Ada juga kami diuji dengan peristiwa-peristiwa yang menyedihkan, yang melemahkan semangat tapi setiap kalinya kami bangkit.

Saya? Sebagai pengidap AD sejak sekian lama sentiasa berusaha untuk pulih. Saya cuba, cuba dan cuba sedaya upaya. Dan saya mahu pulih sepenuhnya.

Setiap hari kita mendengar berita kematian, pemergian insan yang kita kenal atau pun tidak ke sisi penciptaNYA. Kita? Bila-bila sahaja. Kita pun tak tahu bila...

Saya pasti di saat posting ini di tulis, mungkin di tempat anda sedang hujan. Ya, musim tengkujuh sudah tiba. Hujan juga membawa impak sedihnya tersendiri. Apatah lagi, di hari ini juga, putera Paduka Sultan Johor, Tunku Jalil dikebumikan. Almarhum menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 7 malam semalam. Almarhum mengidap kanser hati.

Walau tidak mengenalinya secara peribadi, terasa seperti dekat dengannya. Kerana dia seorang putera raja berjiwa mulia disayangi semua. Sama-samalah kita mendoakannya ditempatkan di sisi orang beriman dan dimasukkan ke syurga.

Mohon berhenti sejenak dan sedekahkan ayat suci buat almarhum. Sebelum itu seorang pelawak juga meninggal dunia dan juga seniwati Mariani, kakak Saloma.

Kita masih hidup, diberi kesempatan oleh Allah untuk terus menikmati udara. Janganlan kita sia-siakan. Gunakan masa yang ada sebaik mungkin. Buat kebaikan pada semua orang. Tingkatkan amal ibadat. Sedekah.

Itulah yang sepatutnya menjadi azam kita sepanjang masa. Setiap tahun.

 

MAAF ZAHIR BATIN.

 

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 


 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 10 of 22

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Dari Abu Hurairah r.a katanya: ”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad : ”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit, “Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam. ”Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman: ”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” Kata Abu Hurairah selanjutnya: ”Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian, maka berkata penduduk langit, ”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini62
mod_vvisit_counterSemalam229
mod_vvisit_counterMinggu ini903
mod_vvisit_counterMinggu lepas3290
mod_vvisit_counterBulan ini7045
mod_vvisit_counterBulan Lepas12245
mod_vvisit_counterKeseluruhan720215

We have: 14 guests online
Your IP: 54.167.250.64
 , 
Today: Okt 17, 2017

Masa Itu Emas..