
Assalamualaikum
Sekadar cerita...
Walaupun saya sangat sibuk dengan kerja yang melambak dan ada commitment di bidang kerjaya saya cuba juga luangkan masa untuk peruntukan diri bagi projek yang saya dan kawan-kawan sedang adakan. Ia mungkin program kecil bagi orang lain tetapi bagi kami ia amat bermakna. Ini merapatkan silaturahim kami dan diharap memberi kesedaran serta keinsafan kepada kami.
Paling penting kami buat kerana Allah... Bukan kerana nama atau pangkat atau nak gelemer.
Projek ini rentetan dari projek kecil yang kami lakukan beberapa bulan lalu iaitu ziarah ke rumah anak-anak yatim Limpahan Kasih di Puchong. Walaupun ia kecil ia berjalan dengan lancar sekali, Alhamdulillah.
Saya dan sahabat merancang projek kedua ini yang kami harap akan sedikit besar daripada yang pertama. Kami namakan ia program Kembara Ukhwah ke Utara. Semalam kami bermesyuarat di Kajang untuk menetapkan hala tuju program ini, membahagi tugas dan menamakan program.
Kami sepakat buat masa ini menamakannya Program Kembara Ukhwah ke Utara. Bestkan!
Tarikh sudah pun kami dapat iaitu 12 dan 13 Ogos 2011 dalam bulan Ramadan. Kami memerlukan sokongan, anda boleh turut serta atau pun mengirim sumbangan kepada kami. Sumbangan wang, kuih raya dan lain-lain amat dialu-alukan.
Kawan-kawan yang mahu turut serta atau menyumbang boleh menghubungi Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya dan Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Mesyuarat bermula. Serius walaupun Zul sibuk tengok bola masa ni.

AJK awal peringkat kebangsaan: Dari kiri, saya, Khamisah, Norhayati Berahim & Azlina Yusof.
Sesi makan mesti ada. Tuan rumah sediakan makanan yang sedap-sedap. Maklum dah penat bermeeting kan.
Jumpa lagi.
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Hadis Hari Ini
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Pada hari kiamat kelak Allah Azza Wajalla berfirman: ”Hai anak Adam! Aku sakit. Mengapa tidak engkau kunjungi Aku?” Jawab anak Adam: ”Wahai Tuhanku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala: ”Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati-Ku di sisinya?” “Hai anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?” Jawab anak Adam: ”Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala: ”Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku?” “Hai anak Adam! Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum?” Jawab anak Adam: ”Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala: ”Hamba-Ku si fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.” |







![]() | Hari ini | 276 |
![]() | Semalam | 423 |
![]() | Minggu ini | 1942 |
![]() | Minggu lepas | 1652 |
![]() | Bulan ini | 5360 |
![]() | Bulan Lepas | 12937 |
![]() | Keseluruhan | 164740 |
Your IP: 38.107.179.240
,
Today: Mei 18, 2012

















Comments
RSS feed for comments to this post