Kata Kusyi Hirdan 7
Kusyi Hirdan 07 Jun 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Ramadhan kami di Sarawak....

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Saya dan Superfrends ke Sarawak tahun ini bagi mengadakan program Ramadhan kami di sana. Saya berada di sana dari 29hb Mei - 4 Jun 2017. Seminggu lamanya. Memang nampak macam lama kan. Tapi sebenarnya, kami bagaikan tak sedar masa tu berlalu terlalu cepat lantaran jadual yang sangat pack.

Dah sampai hari akhir nak balik ke Semenanjung, baru terasa. Eh, lama juga kami berpergian kali ini.

Alhamdulillah 8 perkara dapat dapat kami laksanakan walau dalam serba sederhana.

Terima kasih bagi yang menyumbang. Ada yang kita rancang sikit, Allah berikan lebih banyak lagi rezekiNya. Ada yang tiada dalam perancangan, tapi menjadi juga. Asnaf juga, dari 25, meningkat ke 40 orang. Semuanya rezeki mereka. Street Dakwah di awan biru pun kita dapat buat 3 pusingan. :)

Ini kunjungan amal pertama Superfrends ke Sarawak. Kunjungan memang dirancangan bertepatan bulan Ramadhan. Kami mula membuat ground survey pada Mac yang lalu. Dan tiba bulan Ramadhan, saya dan Cik Kham pergi dahulu diikuti grup volunteer kedua pada 1hb Jun.

29 Mei (Isnin) – Saya dan Cik Kham menaiki penerbangan jam 9.30 pagi. KL-Kuching. Sebaik sampai, kami berdua biarkan semua penumpang turun dahulu. Ini kerana kami mahu mengadakan 1) Street Dakwah Ramadhan yang pertama bersama petugas di awan biru. Seramai 12 orang, 6 penerbangan yang sama dengan kami dan 6 lagi penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur mendapat kuih raya daripada Superfrends. Seronok sangat kami kerana melihat cerianya wajah warga cabin crew waktu itu.

Selepas itu kami bertemu Hamdan, wakil kami di Sarawak untuk proses pengecaman asnaf di Samarahan. Sampailah ke lewat petang membuatkan kami berbuka hari pertama itu di Samarahan. Perancangan mahu melawat pasar Ramadhan hanya tinggal kenangan. :)

30hb Mei. Hati kami masih teringat pada asnaf Serian yang sepatutnya ikut serta. Maka kami mula melancarkan tabung barang dapur untuk 5 keluarga dan duit raya untuk sekitar 30 orang asnaf. Petangnya kami berjaya mengumpulnya dan terus ke Mydin membeli barang-barang. Melalui list yang ada kami ke Serian. Waktu ini kami mengalami dugaan kecil. Kereta yang disewa habis minyak tanpa kami sedari. Betul-betul di tengah jalan. Nasib baiklah ada yang menolong. Menolong menolak dan menolong membelikan minyak dengan motornya. Terima kasih ya dik.

Kami teruskan juga ke Serian walaupuan sudah lewat. Berbuka di pertengahan jalan, KFC je. Kami tiba di Serian melepasi maghrib...

2) Mula menjejak asnaf di Serian. Tiga keluarga dapat dikesan. Jauh juga kami menjejak. Ke kampung yang pendalaman. Melihat keadaan kehidupan mereka. Suasana percampuran agama dan sebagainya. Mereka kebanyakannya sedang menanti sambutan Gawai.

Kerana sudah lewat malam, kami mengambil keputusan menyambung ke esokan harinya.

31hb Mei. Kami menyambung menjejak asnaf. Kali ini dapat 4 keluarga lagi. Bermakna dari perancangan 5 keluarga, ia sudah bertambah kepada 7 keluarga. Alhamdulilah, mereka semua mendapat barang dapur dan duit raya bernilai RM50 seorang.

1hb Jun. Grup volunteer kedua pula tiba. Mereka juga mengadakan program Street Dakwah part II di awan biru. Kuih raya diagihkan sekali lagi kepada warga cabin crew seramai 6 orang.

 

3) Malamnya, kami mengadakan program moreh di Surau Darulamin, Semariang Jaya. Sebanyak 250 aiskrim diagihkan kepada jemaah. Juga agihan telekung sekitar 45 pasang. Seronok sangat masa ni. Walau waktu itu hujan lebat. Selepas habis terawih, kami pun menghabiskan stok aiskrim dan bersama-sama orang kampung bermoreh menjamu selera. Ada teh tarikkkk. :) Kami juga mengambil peluang bersilaturahim dengan orang kampung. Mereka nampaknya teruja dengan kehadiran orang Semenanjung ke surau mereka.

2hb Jun. Hari ini program ke 4) Street Dakwah Ramadhan agihan juadah berbuka sebanyak 300 set di jalanan Kuching, Sarawak. Kami memasak sendiri, mee goreng, dua jenis kuih, dan di dalamnya ada air kotak dan wafer. Memang sangat letih kerana volunteer hanya kami. Belum lagi mendapat pertolongan volunteer Sarawak. Mungkin kerana mereka tidak kenal kami jadi masih ragu-ragu untuk turut serta. Hamdan... Allah mengirimkan Hamdan yang begitu banyak membantu kami. Entah mengapa, anak muda ini begitu berani. Walaupun dia tak kenal kami, tapi dia membantu juga atas nama amal.

3hb Jun. Sabtu. Program ke 5) membeli baju raya bersama 40 asnaf Samarahan di Giant, Tabuan Jaya. 16 orang volunteer terlibat membantu. Sebelumnya volunteer kami jugalah yang mengambil asnaf menggunakan 5 kenderaan. Setiap asnaf mendapat RM150 untuk membeli baju raya. Mereka turut mendapat door gift daripada pihak Giant. Terima kasih Giant atas kerjasama yang diberikan.

6) Malamnya, berbuka puasa dan menginap di hotel boutique Lot 10. Kami menempah 16 bilik, 11 untuk asnaf dan 5 untuk volunteer. Majlis berbuka diadakan di dewan Pua Kumbu. Di dewan bersebelah iaitu dewan Tajau, kami jadikan tempat untuk solat jemaah maghrib, isyak dan terawih. Sebelum berbuka kami adakan tazkirah ringkas sebagai pengisian rohani. Agenda last minit ni, Hamdan yang cover.

7) Kesemua asnaf mendapat RM75 seorang duit raya (zakat) dan RM50 untuk yang bawah 10 tahun. Itulah yang kami kata tadi, kita merancang sedikit, tetapi Allah menambah lagi rezekiNya.

8) 4 hb June. Bersahur, solat jemaah subuh dan tazkirah bersama Asnaf. Asnaf check out sekitar jam 10 pagi dan kami menghantar kesemuanya pulang ke rumah masing-masing. Kami turun mengirim pada yang tidak jadi datang tu, barang dapur dan duit raya pada mereka 4 beranak.... Rezeki Allah tetap ada untuk mereka walaupun tak pergi.

Penat, memanglah. Penat ya amat. Selepas dua hari saya masih rasa terhoyong hayang kepenatan. Tapi, semuanya hilang dengan kegembiraan dan kepuasaan pada successnya program di Sarawak. Volunteer kami, Rosnizan, Naabihah, Mak saudara saya, Ku Yan, sepupu saya, Shahirah, ibu Seri, serta volunteer Sarawak Hamdan, Fatimah, Ida, Ramlah, Nisa, Nazabudin, Nasrudin, Muhaimin dan sahabat-sahabat Raja Azeda... Rohaida, Shahraini dan Sharifah Hamsiah.

Allah menurunkan mereka semua di saat kami amat memerlukan. Sarawak, insyaAllah, Superfrends akan berkunjung lagi dengan misi bantuan seterusnya. Kenangan manis ini tersemat di hati.

Jumpa lagi.

 

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

.

KUSYI HIRDAN ialah penulis/wartawan dan pengasas kumpulan amal Superfrends.

.

Add comment


Security code
Refresh

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil."

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini63
mod_vvisit_counterSemalam202
mod_vvisit_counterMinggu ini485
mod_vvisit_counterMinggu lepas3297
mod_vvisit_counterBulan ini10108
mod_vvisit_counterBulan Lepas9837
mod_vvisit_counterKeseluruhan711033

We have: 28 guests online
Your IP: 54.156.42.165
 , 
Today: Sep 25, 2017

Masa Itu Emas..