KATA KUSYI HIRDAN 18
Kusyi Hirdan 07 September 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN


Beraidiladha di Krabi



Assalamualaikum

Sekadar cerita..

Pada AidilAdha yang baru berlalu ini, selepas solat sunat di masjid, saya dan Zul terus menuju ke KLIA2 untuk terbang ke Krabi Thailand. Saya dan Superfrends berprogram di sana. Kiranya ini kali kedua kami sambut raya haji di Krabi. Tahun sudah pun sama. Tetapi tahun ini kami dapat buat lebih qurban, tahun lepas seekor sahaja, tahun ini 3 ekor, alhamdulillah. Ada peningkatan.

Kali ini saya ditemani dengan 9 sukarelawan lagi. Campur saya 10 oranglah semuanya. Volunteer lain selain Zul dan Cik Kham ialah Ku Yan, Puteri Syahirah, Khairul Anuar, Awi, Fitri, Haji Muhammad, Amir.

Gambar di bawah ini termasuk Rushdy, Emran dan Adib, warga Krabi yang membantu kami.

Setiap kali berprogram jauh, saya cuba mengadakan program sebanyak yang boleh. Ini kerana pemergian ke sana itu sendiri sangat costly (mahal). Dana perlu dikutip bagi menampung cost pergerakan di sana seperti food, petrol, accomodation dan lain-lain lagi. Jadi kami mahu pemergiaan itu berbaloi. Kerja banyak, penat, tak cukup tidor memang perkara yang perlu dilalui oleh semua kami.

Jadual memang hectic. Bagi yang muda2 tu memang mereka tak terasa sangat tetapi walaupun begitu boleh dilihat wajah2 mereka kepenatan. Lunyai. Hehehe... Maklum, seluruh tenaga mereka dikerah. Mungkin bagi yang baru join Superfrends, mereka tak biasa lagi. Volunteer regular, mereka dah tahu what to aspect.

Saya sendiri, flat pada hari pertama selepas program di Kampung Tuntut kerana program yang pack di siangnya, (maklum orang tua). Waktu berprogram tu tak sedo diri, buat kerja mcm orang muda. Dah malam baru tahu rasa nak pengsannnn. Tangan rasa tak boleh nak angkat, hahaha. Ini membuatkan saya dilarang sama sekali dari mengangkat beras selepas itu. :)

NOTA: Kami membawa 100 beg beras je pun. Tak banyak mana.

Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar walau ada kekurangan di sana sini. TERIMA KASIH para penyumbang budiman. TERIMA KASIH.

Saya senaraikan di sini laporan perjalanan program Street Dakwah Superfrends yang kita adakan di Krabi, 1-5 Sept 2017, sempenai AidilAdha seperti di bawah.

Day 1 :

1. Beli barang2 di Makro. 100 set barang dapur (beras dan barang dapur)
2. Packing barang hotel (100 set barang dapur, 100++ telekung, 70++ tudung, 60 ++ kain pelikat, bedak)

Nota: kami ada sekitar sejam lebih sahaja sebelum makro tutup. Boleh dilihat volunteer kami Khairul, Awi dan Fitri, berlari-lari di dalam Makro mencari barang, mengejar masa yang terhad. Dah macam program realiti kat tv pulak. :)
Su suuk. (chaiyok)

Day 2 :

Di kampung Tuntut

1. Agihan barang dapur pada 22 asnaf
2. Agihan barang dapur, telekung dan kain pelikat pada 72 orang kampung
3. Agihan duit belanja sekolah dan bedak kpd 9 budak2 miskin yg bersekolah, yang tak bersekolah kami beri bedak sahaja.
4. Qurban seekor lembu dan agihan daging kpd 53 orang miskin
5. Program perbetul al fatihah dengan 39 orang kampung

Nota : Orang kampung meraikan kami... sungguh tersentuh. Duduk sahaja, datang kuih muih, ada ketupat, dan homemade kopi. Semua Superfrends kata sedap ya amat. Ini pertama kali mereka menerima tetamu seperti kita. Ada yang memeluk dan menangis pada waktu bersalam untuk pulang.

Day 3 :

Program di pusat pemulihan dadah Islamik, Anharul U Loom di Pulau Koh Klang.

1. Sesi berkenalan dan bertanya soalan dengan pengasasnya Baba Abdul Razak.
2. Lawatan ke seluruh pusat.
3. Program perbetul surah al fatihah bersama 37 pelatihnya.
4. Sesi lawatan di sekolah menengah wittaya Wangthong

Nota : MasyaAllah, ada pelatih yang mahu buat berkali-kali menyuruh volunteer kami mendengarnya membaca al Fatihah. Dia mahu belajar dan belajar.

Day 4 :

Program di sekolah rendah Anuban Wangthong:

1. Sembelih 2 ekor qurban, diikuti dengan pelajar dan orang2 kampung memasak untuk kenduri menjamu 600 orang (pelajar dan orang kampung)
2. Agihan daging qurban kepada orang susuah dan orang kampung
3. Program perbetul surah al fatihah dengan 74 pelajar anuban
4. Program rasmi bersama ketua kampung dan wakil kerajaan, agihan barang dapur kpd 10 asnaf
5. Agihan barang dapur, telekung dan kain pelikat kepada 23 orang kampung
6. Agihan bedak kepada 132 pelajar
7. Agihan beras dan barang dapur kepada 16 guru
8. Street dakwah jalanan, agihan telekung, kain pelikat, tudung kpd lebih kurang 89 penerima

Nota : Volunteer kami hanya dapat duduk rehat waktu makan juadah kenduri, (yang amat sedap itu). Kami semua seronok sangat dapat makan kenduri bersama-sama. Terkenang2 kesedapannya. Selain dari itu boleh dikatakan volunteer Superfrends sentiasa bergerak dan bekerja. Sampai Awi mengatakan satu badannya basah dengan peluh. Baru nak duduk kejap dah kena panggil untuk next agenda. Tapi dia masih steady. Sampai habis kekal dengan baju melayu bersampin hitam.

Day 5 :

Fly back to Malaysia at 1445

 

Gambar bawah. Bersedia untuk agihan Street Dakwah.

Gambar bawah: Superfrends diraikan oleh pihak sekolah Anuban Wangthong, orang kampung dan ketua kampung.

Gambar bawah: Bersalaman dengan warga kampung Tuntut.

Gambar bawah : Volunteer kami memperbetulkan bacaan surah al fatihah dengan pelatih pusat pemulihan dadah Islam di Krabi.

Gambar bawah: Qurban di Kampung Tuntut.

Gambar bawah: Agihan barang dapur di Kampung Tuntut.

 

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

.

Add comment


Security code
Refresh

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya :” Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, baginda mengulanginya sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia mengetuk pintu) tiga kali dan mengucapkan salam.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini117
mod_vvisit_counterSemalam229
mod_vvisit_counterMinggu ini958
mod_vvisit_counterMinggu lepas3290
mod_vvisit_counterBulan ini7100
mod_vvisit_counterBulan Lepas12245
mod_vvisit_counterKeseluruhan720270

We have: 57 guests online
Your IP: 54.167.250.64
 , 
Today: Okt 17, 2017

Masa Itu Emas..