KATA KUSYI HIRDAN 19
Kusyi Hirdan 12 September 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN


Saya dan library...

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita..


Bilakah... Kita rasa sentimental sangat? Sentimental ni apabila sesuatu yang diingat, yang dikenang itu perkara lama, dan kita jadi sentimental mengenangnya. Perasaan kita bagai dibuai-buai... Hah, gitu. :)

Saya sering sentimental pada kenangan waktu zaman persekolahan. Kenangan saya dan library terutamanya. Baik ketika di sekolah rendah, Sekolah Rendah Raja Perempuan Muzwin atau pun sekolah menengah, Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom. Bangunan sekolah itu sendiri pun boleh jadi kenangan sentimental pada saya.

Caption: Di dalam train, Jakarta, 2015.

Bagaimana saya survive sebagai manusia yang weird.

Hehehe... Sebab zaman persekolahan, saya bukan jenis yang adventure walau itu yang saya mahukan. Saya teringin sebenarnya. Teringin beradventure sebagaimana buku-buku Enid Blyton yang saya baca. Masalah utama yang menyekat kejadian mungkin kerana saya datang dari keluarga yang sangat strict. (Waktu itu saya kata mengongkong tetapi sekarang saya tukar perkataan lain, bukan mengongkong tetapi sangat menjaga saya. Ia perkara yang sangat baik sebenarnya...)

Bagaimana saya survive menjadi diri saya yang suka membaca, suka ke library, suka mengarang puisi, suka melihat sungai Perak yang mengalir dan kemudian membayangkan bait-baitnya. Kalau difikirkan memang kelakar kerana memang confirmlah budak-budak zaman itu tak mahu berkawan dengan saya.

HAHAHAA. Budak zaman sekarang pun....

Beberapa kerat yang kekal berkawan tu mungkin sebab terpaksa kot, kerana mereka dah kenal saya sejak kecil atau pun sebab dah lama berjiran. HAHAHAH.

Dari sekolah rendah lagi saya sudah suka ke library. Minat yang saya punyai seorang waktu itu. Tak ada geng pun. Suka ke library mungkin kerana buku-buku tak ada di rumah jadi di situ saya rasa nikmat dunia. Melihat buku pun seronok sangat rasanya. Lupa dah perkara lain. Ia seperti orang bercinta.

Di sekolah menengah pula...

Bila dilantik sebagai pengawas perpustakaan, saya suka sekali bila dapat jadual bertugas. Dan offer diri jaga library fiction. Waktu itu library ada dua, satu akademik dan satu lagi totally fiction. Dua-dua dalam bangunan lama dan ala-ala cerita misteri suasananya. Sejuk tanpa aircond. Saya boleh duduk bersila di lantai marble bercorak geometrinya...  Kemudian hilang dalam dunia saya dan buku. Ia bagaikan sebuah cerita percintaan yang sangat romantis. Tetapi tiada cinta yang terjadi. Kerana sekolah saya all girls. :)

Apabila melihat library, ia suatu nama yang sentimental bagi saya. Sekarang, tidak berpeluang lagi hendak ke mana-mana library. Juga library dahulu dan library zaman ini berbeza coraknya. Imbauan sentimental sekadarnya terjadi kerana kenangan sahaja. Titik di situ...

Apabila menonton drama-drama, beberapa kali saya melihat watak yang ditampilkan seperti watak saya. Dan mereka membuatkan watak-watak sebegitu sering menjadi mangsa buli dan dikutuk2, saya bersyukur kerana waktu itu saya tidak melaluinya.

Saya tidak dibuli atau dikutuk kerana membawa sikap yang 'weird' itu. (Or at least not in front of my face hehe)

Kebanyakan orang terdekat saya rasanya tahu 'keganjilan' ini tetapi mereka membiarkan saya sendiri. Dan mereka menerima saya seadanya sebagai kawan. Atau adik. Saya anak ke 9 dari 10 adik beradik.

Di rumah juga, saya lebih banyak dibiarkan membuat apa yang saya suka, menaip, membaca, di bilik saya sendiri, tanpa diganggu.

Oh, saya akan menulis tentang ini di posting yang akan datang, InsyaAllah. Tentang saya dan bilik saya...

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

.


 



 


Add comment


Security code
Refresh

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

”Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat."

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini565
mod_vvisit_counterSemalam126
mod_vvisit_counterMinggu ini2050
mod_vvisit_counterMinggu lepas2138
mod_vvisit_counterBulan ini5622
mod_vvisit_counterBulan Lepas12548
mod_vvisit_counterKeseluruhan731340

We have: 7 guests online
Your IP: 54.158.214.111
 , 
Today: Nov 18, 2017

Masa Itu Emas..