kata kusyi hirdan 23
Kusyi Hirdan 14 Disember 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN


Program yang tiga...

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Lama sungguh blog ini ditinggalkan. Kesian dia. Cool

Banyak kali saya berazam untuk update tetapi azam hanya tinggal azam. Sehinggalah hari ini, 14 Disember. Saya memang nak bercerita tentang program saya tu, yang saya dan Superfrends di Kuching tu. Rasa bersalah je. Sebab dah hampir 2 minggu kejadiannya baharu hari ini nak update di sini.

But better late than never, isn't it?

Ia program terakhir bagi tahun ini. Lega. Gembira. Puas. Terharu. Bersyukur. Itulah yang saya dan kawan-kawan rasai.

Captions: Kami berempat jadi core kali ini. Saya, Zul, Cik Kham dan Azeda.

 

Kami dapat mengadakan 3 program utama di Kuching, Sarawak dari 2-3 Disember 2017.


1) Program ziarah hospital umum Sarawak. Wad Othopedik lelaki di tingkat 6, 100 penerima, pesakit dan warga kerja serta volunteer bertugas… Kita membawa KFC, bantal, shampu, air minuman, cupcakes dan belon.


2) Street Dakwah agihan barang dapur bernilai RM30 kepada 30 penerima juga agihan zakat pada yang layak…

3) Membawa 31 pelajar susah membeli baju sekolah. Mereka juga diberi beg sekolah, stationeries, kusyen, novel dan RM50 belanja sekolah. Bersama penjaga dan sukarelawan, lunch juga diberi dengan bajet Rm12.50 seorang di Sugar Bun. Menu tambahan ais krim dan kek. Total yang turut serta adalah lebih kurang 75 orang semuanya. Penuh Sugar Bun. Ada volunteer yang kena berdiri dulu.

 

Kali ini...

Kali ini rombongan semenanjung 4 orang sahaja berbanding program Ramadhan lepas, lebih ramai lagi. Untuk membawa volunteer ke Sarawak, tidaklah mudah kerana ia melibatkan pengeluaran kos sendiri. Kena pula, pemergian kali ini pada waktu peak season, maka segala2nya mahal menggunung. Tiket kapalterbang sangat mahal berbanding musim Ramadhan lepas. Jadi tak ramai yang mahu mengikut.

Kami sangat susah hati. Ramadhan lepas kami ada agak ramai volunteers dari Semenanjung (walaupun masih tak cukup) utk melaksanakan program2 yang sangat hectic. Kali ini 4 saja...

Namun, perancangan manusia tidak dapat mengalahkan ketentuan Allah. DIA tahu kali ini kami hanya berempat. Saya sudah memikirkan plan plan C, D, E, F dan entah berapa plan lagi. Antaranya waktu di Mydin kami akan request seramai2nya helper dan waktu di hospital pun begitu juga.

Allah tak membiarkan kami terkontang kanting. Sebab dia tahu, hati kami sudah rapuh dan kecewa setelah 3 insan yang sepatutnya menolong, tidak seperti yang diharapkan.

Hati tu terdetik banyak kali. Inilah LAST kami turun ke Sarawak. Cukuplah. Kami dah buat program Ramadhan, program raya, Street Dakwah, dan kali ini ziarah hospital dan baju sekolah. ENOUGH kan? Susah benar mendapat pertolongan volunteer dari orang Sarawak nih. Allah tahu itulah cakap2 syaitan yang menggoda hati kami. Supaya kami serik.

Maka dikirimnya bantuan. DIA yang mampu melakukan semua ini kerana kekuasaanNya sebagai empunya alam.

Datanglah bantuan kereta dari Sidek. Lega. Bab kereta dah selamat.

Sewa kereta sgt costly jadi kami mmg mengharapkan tajaan. Kemudian ada yg menyumbang sedikit dana penginapan, dana barangan lain. Yang tak cukup, dapat dicukupkan.

Dan juga sukarelawan yang membantu. Walaupun ada yang tidak dapat hadir last minit kerana hal2 peribadi atau ada yang hanya dapat bantu satu program sahaja, ia sudah memadai meringankan tekanan kami yang sudah membeku dengan stress sejak 2 bulan merancang program ini.
MasyaAllah.

Semakin hampir, kami bukan sahaja perlu menambah permintaan pelajar yang mahu turut serta, dari 25 ke 31 orang tetapi kami juga tidak punya dana untuk agihan barang dapur Street Dakwah kepada warga yang memerlukan.

Maka saya katalah, kita tak dapat buat 3 program nampaknya. Dua sahajalah. Ziarah hospital dan baju sekolah. Full stop.

Zul dan Cik Kham pun sudah redo begitu walaupun Zul berkali2 asyik menyebut, tak bestlah kita tak dapat buat yang itu. Saya rasa nak marah. Sebab dia cakap seperti senang sahaja. MANA NAK CARI DUIT?

Doa. Saya lupa, doa sahaja Allah perlukan dari hambaNYA yang bekehendak bantuanNYA.

Lalu saya berdoa lagi, semoga Allah permudahkan kami. Dushhhh. Beberapa hari sebelum, cukup dana agihan barang dapur untuk 30 orang. TAPI kami tak bersedia pulak. Dari sinilah kami mencari dan mencari dan bertemu dengan Masjid Nurul Khair Kasba, Semariang Batu, Kuching. Last minit sangat-sangat.

Kami lihat orangnya di FB, namanya Mahathir Fatimah. Dia rupanya Naib Pengerusi di masjid itu. Orang muda. Dalam hujan, kami menuju ke situ dan tiba sedang jemaah solat isyak. Terus mencarinya dan dia melayan kami dengan baik.

Kami tahu permintaan itu tak logic. Datang hari Khamis, minta pihaknya organize orang untuk hari Sabtu. Mereka pula tengah sibuk dengan program maulud nabi. Kami mencuba nasib sebenarnya. Buat muka kesian.

Mereka tolong juga… Tolong dengan begitu baik sekali. Dengan sepenuh hati. Kami malah dirai. Dapatlah agihan dilaksanakan spt impian.

Program ziarah wad hospital, juga tidak sunyi dari masalahnya. Dua hari sebelumnya dalam kami menetapkan flow perjalanan program, di mana parking, di mana loading, kami diberitahu tidak ada bilik packing untuk kami. Bilik yang ada tidak diboleh digunakan kerana bilik itu diserang kulat. Hah? Kami intai dan lihat keadaan bilik itu. Memang scary.

Lalu kami memohon untuk gunakan satu ruang kecil yang biasa diguna oleh security guard ketika memantau pelawat. Ruang sebesar 10kaki x12kaki je besarnya. Memang kecil. Mulanya mereka tak benarkan tetapi kemudian mengalah. Terima kasih, Sister! Sangat memahami dan memberi kerjasama. Kami mohon diletakkan pemidang. Jadilah, ia cukup untuk kami membuat persediaan secara express. Semua itu disediakan oleh pihak hospital dengan sempurna sekali.

Kemudian bagaimana apabila pihak Mydin Semariang tidak ada banyak pilihan untuk baju sekolah.
Selalu, bila program begini kami ada pilihan jenama baju. Yang murah, yang sederhana dan yang mahal. Keadaan ini tidak ada. Ada 2 jenama sahaja. Satu mahal satu murah. Yang murah pula tak banyak stok katanya.

Hendak bertukar ke tempat lain memang boleh tetapi banyak perkara perlu difikirkan terutama yang paling penting ialah keselesaan asnaf. Itu mengatasi segala2 kepentingan peribadi. Kami sudah booking lunch di Sugar Bun berdekatan. Sekiranya tukar lokasi, bermakna kena tukar tempat makan. Ia bukan perkara yang mudah untuk bermula sekali lagi.

Harga jenama yang ada yang mahal, bermakna pelajar akan dapat 3 benda sahaja. Baju, kain/seluar dan kasut. Beg mungkin tak dapat. Begitu juga stationeries dan lain-lain.

Saya merenung dan berfikir. Di mana nak cari duit? Tapi saya buat juga perkara gila. Sangat gila. Beli je. Walau belum tahu di mana nak cari ganti dana. Saya bagi tahu Cik Kham, ada tu, kita cuba bajet semula balik nanti.

Beg kami kena beli siap2, luar dari bajet asal sebab bagi saya, apa makna program baju sekolah kalau mereka tak dapat beg sekolah. Kami beli dan siap tulis nama lagi. Azeda tiba2 beritahu, ada sahabatnya yang mahu menaja stationeries. Wah, cun. Kemudian datanglah pertolongan2 lain. Yang kami sendiri hairan bagaimana boleh mencukupkan segalanya. Yang kami fikir sekadar sederhana tetapi asnaf mendapat lebih dan menggembirakan mereka. Kami yg melihat lagilah gembira!

Mana datangnya? Mana datangnya?

Allah juga menurunkan Florida atau Flo demi membantu kami. Kadang2 saya risau sebab banyak sangat menyusahkan dia tapi saya terpaksa. Dengan mencari asnafnya, dia juga, dengan hal2 berbangkit lagi, dengan hal stok Mydin lagi. Sampaikan kami kena keluar dari homestay pun kami mengadu dengan Flo. Kami tak tidur malam, dia pun sama sebab kami asyik ganggu dia whatsap malam2 Hahaha. Sorry Flo.

Nampak Flo agak canggung kerana dia belum biasa tetapi dia tak berpaling. Dia tak lari dan tinggalkan kami sendiri. Dia setia membantu sampai ke hujung cerita ini.
Sampai The End.

Begitu juga volunteer yang terlibat. Kawan2 Azeda mungkin ada yang membantu waktu program Ramadhan lepas tetapi yang muda2 ini, ia pengalaman pertama kali mereka. Mereka belum biasa kena kerah oleh mak tiri garang. Mereka excited sebab dapat pegang walkie talkie tanpa mengetahui tanggungjawap besar di hadapan mereka yg ada walkie talkie itu. Besau beb.

Nurul, dia beritahu rasa kecewa kerana tidak diberi tanggungjawab menjaga kumpulan sendiri. Hehehehr.... Dia tak tahu, bukan saja2 kami buat begitu.

Sebenarnya kami melihat capabality Nurul di hari sebelumnya lagi, sebab itu kami beri dia tanggungjawap yg lagi besar. Dia kena menjaga luar dan dalam, cover tugas semua orang, yes, semua, selesaikan masalah berbangkit. Ada je masalah berbangkit saya jerit nama dia. Semua saya bagi kat dia. Bila tak faham bahasa Sarawak, Nurullah perjelaskan. Hahaha. Tugas dia dan azeda paling mencabar. Cik Kham kena jaga grup kerana seorang volunteer tak dpt datang jadi dia dah penuh tangan. Saya sendiri sukar bergerak. Nurullah tempat kami berpaut.

Kesemua volunteer muda, kami anggap seperti anak2 sendiri. Kalau ditegur atau dimarah, ia umpama ibu yang mahukan yang terbaik untuk anak2nya. Baru nak jalan berlenggang dah kena sound suruh jalan laju. :

Semoga amal kecil kita ini diterima Allah. Maaf zahir batin dari kami semua. Halalkan kesilapan kami. Sorry.

I LOVE YOU TWO, THREE, FOUR. Serious!

 

 

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

.

.

Add comment


Security code
Refresh

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini142
mod_vvisit_counterSemalam770
mod_vvisit_counterMinggu ini2764
mod_vvisit_counterMinggu lepas3481
mod_vvisit_counterBulan ini9365
mod_vvisit_counterBulan Lepas12826
mod_vvisit_counterKeseluruhan757010

We have: 42 guests online
Your IP: 54.226.41.91
 , 
Today: Jan 19, 2018

Masa Itu Emas..