Kata Kusyi Hirdan 25
Kusyi Hirdan 03 Februari 2018 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN


Bertemu Ito dari Hokaido...

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

 

28 Jan -2 Feb, saya dan Zul ke Hokaido, Jepun. Tempat yang kami tuju ialah ibu negaranya, Sapporo, yang juga mempunyai penduduk teramai di Hokaido, (1,947,097. Total penduduk 5,377,435).

Setelah mendarat di lapangan terbang Chitose, kami berkeretapi menuju ke Nakajima Koen, lokasi hotel penginapan.

Hokaido ialah pulau kedua terbesar di Jepun terletak di hujung utara Jepun berdekatan dengan Rusia. Governor terkini Hokaido ialah seorang wanita, Harumi Takahashi. Dia adalah governor pertama di Hokaido manakala yang keempat di Jepun.

Hokaido merupakan wilayah tersejuk di Jepun, ketika sampai, kami di sambut kesejukan mencengkam negative 12 degree dan salji memutih yang tebal di mana-mana. Ia pemandangan yang begitu mengujakan.

Hokaido ini adalah impian saya. Saya sangat teringin menjejakkan kaki ke negeri ini setelah pernah ke Tokyo dan Osaka. Selepas Hokaido saya berangan mahu ke Hiroshima pula. :)

Cerita tentang trip ini yang dikelola Zul boleh sahaja anda baca di fb Zul. Zul Muslims Economy Tour. Cerita 6 hari di Hokaido memang di upload sepanjang masa. Bagi yang tak tahu lagi, travel adalah cara Zul mencari rezeki dengan membawa grup2 pergi melancong serata dunia.

Jadi, yang mahu saya kongsi di sini ialah cerita yang sedikit lain. Ia tentang pertemuan kami dengan Ito, di dalam perjalanan kami KL-Sapporo menjelang flight tengah malam sekitar 1130 malam. Bertemu dengan pelbagai orang memang perkara biasa dalam kerjaya Zul cuma yang akan menjadi luar biasa apabila persahabatan bisa terjalin dengan ikhlasnya. Itu jarang.

Ito, 31, sebenarnya ‘malang’ kerana terkena duduk dengan kami di lorong tengah. Saya dan dia duduk di bahagian tepi mengapit Zul ditengah2. Biasalah Zul, suka menegur orang, beramah tamah dan berkenalan. Kami dapat tahu, (saya mendengar dengan memasang telinga), dia adalah anak jati Sapporo dan baharu selesai bercuti di Malaysia selama sebulan. Sebulan?

Ya, sebulan. Asalnya dia datang bersama isteri kemudian isterinya balik dahulu kerana ada kerja dan disambung oleh sahabatnya pula. Mereka berjalan ke banyak negeri di Malaysia seperti KL, Melaka, Pulau Pinang, Langkawi, Perak, Sabah dan Sarawak.

Zul mengambil kesempatan untuk bertanya pelbagai perkara tentang Hokaido dan Sapporo sehinggalah tentang harga petrol di sana. Anak muda ini dengan rela hati berkongsi maklumat yang diminta dan dia juga amat memahami keperluan makanan halal kerana satunya kerana mempunyai kawan berbangsa Arab dan dua mungkin kerana baru pulang dari Malaysia.

Dia berkongsi tentang restoran2 yang menyediakan menu muslim friendly kepada kami.

‘Malang’ yang saya maksudkan di atas ialah kerana A) Zul asyik menganggunya ajak bersembang; banyak kali saya mencubit lengan Zul supaya tidak menganggu Ito kerana dia mungkin mahu rehat dan tidur. Hari dah lewat malam tetapi mereka bersembang2 juga. B) Kerana saya terkena attack AD (anxiety disorder) ketika di dalam kapal terbang dan dia berada berdekatan kami. (Aduh… malunya)

Saya sangkakan, perkenalan dengan Ito menjadi titik sebaik kapalterbang mendarat dan bergambar kenangan. Rupanya tidak… Kami bertukar-tukar nombor telefon.

Setelah sampai, Zul masih bermesej dengannya untuk bertanya itu ini, dan dia tidak mengecewakan. Berkongsi link2 yang diperlukan dan maklumat lain.

Lalu, saya mencadangkan agar Zul mengajak Ito untuk minum petang bersama di hari terakhir kami. Sementelah kami bertemu dengan restoran India yang muslim friendly. Zul pun mengajak dan dia bersetuju.


Dia hadir dan kami makan bersama roti nan, ayam tanduri yang sangat sedap dan teh susu (chai). Sepatutnya ini agenda kami berdua sahaja tetapi kerana kawan-kawan turut ada, mereka pun join sekali, jadi meriahlah. Kami kenalkan mereka semua dengan Ito.

Sedang kami masih makan, Ito ke belakang seketika dan datang kembali. Rupanya dia pergi membayar makanan kami. MasyaAllah. Tak tercapai niat kami untuk belanja dia. Dia pulak yang belanja kami. Aduhai.

Kemudian selepas itu dia menemani teman-teman kami yang mahu membeli coklat. Kak Mafuza dan Kak Hasanah mendapatkan pertolongan Ito untuk membaca tentang kandungan coklat untuk di bawa pulang sebagai buah tangan. Dan nak tahu? Dia beli pulak untuk kami coklat tu sebagai hadiah.



Kami tak ada apa yang nak diberi padanya…. :) Rasa sedih sangat kalau tak dapat beri apa2 kepadanya. Lalu Zul teringat kami ada membawa baju hujan baharu yang dibeli di Hanoi tempoh hari. Satu untuk Zul satu untuk saya. Lalu kami ambil keputusan untuk beri baju hujan itu sebagai hadiah kepadanya. Dia menolak tetapi kami beri juga.

MasyaAllah, inilah cerita yang sangat manis di Hokaido yang saya alami apabila kita bertemu dengan insan yang sangat baik. Kami mengingatkan Ito, datang lagi ke Malaysia, kami mahu bawa dia makan asam pedas.
Jumpa lagi.
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya



Comments  

 
#4 VenessaautOk 2018-02-20 16:16
kasino
best online casino games free
best online casino games free
slot online
Quote
 
 
#3 SEOVulky 2018-02-20 07:25
seorussian.ru - ?????????? ??????
Quote
 
 
#2 money lender 2018-02-20 03:41
It's amazing to go to see this web site and reading the views of all colleagues regarding this post, while I am also
eager of getting knowledge.
Quote
 
 
#1 Mytishidaymn 2018-02-12 10:21
? ? ?????? ??????? ??? ??? ????? ??????? ??????? ???????? ? ?????????? ??????. ??????????? ?????? ??????? ?? ???? ???????? ??????????? ?? ????????. ???????? ?? ????????
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah."

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini172
mod_vvisit_counterSemalam1114
mod_vvisit_counterMinggu ini1636
mod_vvisit_counterMinggu lepas2615
mod_vvisit_counterBulan ini9935
mod_vvisit_counterBulan Lepas15653
mod_vvisit_counterKeseluruhan773233

We have: 6 guests online
Your IP: 54.160.153.233
 , 
Today: Feb 21, 2018

Masa Itu Emas..