Selamat, selamat, selamat....
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Esok, tahun 2012 meninggalkan kita. Tahun yang amat sibuk bagi saya. Bukanlah tahun-tahun sebelumnya tidak sibuk tetapi kesibukan itu kerana pak aji yang mula bergerak dengan program grup ekonomi travelnya dan saya sendiri dengan program kembara buku.

Tahun hadapan nampaknya perkara sama juga dilangsungkan dan nampaknya kami sudah semakin mula mengutip pengalaman.

Tahun hadapan, perancangannya sudah difikirkan sejak kembara buku yang pertama dahulu. Bulan satu, bulan dua, bulan tiga... seterusnya. Kami merancang bermacam-macam benda.

Pernah, dalam minggu lepas saya merasakan rancangan hanya tinggal rancangan kerana saya merasakan sesuatu.

Saya putus asa. Rasa sendirian sangat.

Minggu ini, Isnin, saya merasa seronok melihat perkembangan novel baru saya yang belum diaudit oleh orang-orang terdekat saya. Tetapi saya tetap seronok. Perasaan minggu ini terasa berlainan walau saya sunyi dan sayu kerana ditinggalkan pak aji sekali lagi.

Saat posting ini saya tulis pak aji sedang bawa grup ke Beijing menikmati musim sejuk negatif 3 di siang hari. Jenuh dia dan kumpulannya mengangkut baju sejuk.

Saya tak pergi walau banyak kali pak aji mengajak. Saya mahu menyiapkan beberapa kerja yang tertunggak kononnya sebelum masuk 2013.

Konon....

Nampaknya harapan hanya tinggal harapan. Ya, terlalu banyak gangguan dan itulah hakikatnya saya terperangkap tidak dapat menyiapkan kerja. Semuanya salah saya sendiri.

Itulah kaitannya posting ini dengan kedatangan tahun baru. Tahun baru menyaksikan begitu banyak kerja saya yang tidak siap. Ssaya sangat berharap antologi puisi saya siap dicetak tetapi itu juga tidak menjadi kenyataan.  Rasa sedih dan kecewa saya letak jauh-jauh.

Esok tahun baru dan dan hari ini saya bercadang hendak makan pastri. Oh, saya tidak teringin langsung mengira countdown happy new year. Rasanya buang masa sangat keluar melalui jem, bersesak-sesak, tengok konsert dan lihat anak muda kita yang suka benar berseluar ketat baik lelaki atau perempuan.

Baik saya makan pastri malam nanti. Bukanlah saya buat sendiri kerana saya memang tak pandai pun. Beli di kedai pun sudah cukup baik.

Jangan ucapkan selamat tahun baru kepada saya malam ini. Ucapkanlah selamat menyiapkan kerja atau setidak-tidaknya, 'Selamat makan pastri!'

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Comments  

 
#3 Kak Mah 2013-01-15 14:19
Selamat Tahun Baru Kak..hehehe ;)
Quote
 
 
#2 kmn 2013-01-11 13:04
Chaiyok...chaiyok....kak Kusyi!
Quote
 
 
#1 kmn 2013-01-11 13:04
Chaiyok...chaiyok....kak Kusyi!
Quote
 

Add comment


Novel Kusyi Hirdan Terkini

Hadis Hari Ini

DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini254
mod_vvisit_counterSemalam620
mod_vvisit_counterMinggu ini3523
mod_vvisit_counterMinggu lepas4540
mod_vvisit_counterBulan ini12734
mod_vvisit_counterBulan Lepas19367
mod_vvisit_counterKeseluruhan383253

We have: 4 guests online
Your IP: 184.73.7.143
 , 
Today: Jun 20, 2013