Novel
Lelaki Yg Tidak Bersalah
Khairul Anuar PDF Cetak E-mail

“Mak tak suka along buat buku?” “Apa perlunya? Mak nak lupakan saja. Along pun patut buat macam tu jugak...” “Kalau boleh lupa, memang mahu lupa...” “Jadi, lupakan saja, tak boleh? Anggap semuanya tak pernah berlaku!” Tegas sekali suara emak. “Tapi semuanya memang berlaku. Apa yang berlaku ni along harap tak jadi pada orang lain pulak, mak... Jangan mereka pun buat kesilapan sama macam yang along buat supaya emak mereka tak menderita macam emak along...” Tangan emak terhenti dari menggunting reben. “Mak, hidup kita bukan untuk diri kita sendiri saja. Kita ada tanggungjawab yang perlu dikongsi bersama masyarakat. Emak bayangkan jika ada seorang lagi yang macam along, terkena apa yang along lalui. Emak juga bayangkan, bagaimana nanti emak budak tu turut menderita, macam yang pernah emak lalui...”

 
Sayang Bola Sayang Bumi
Kusyi Hirdan 15 Januari 2011 PDF Cetak E-mail

Ramai di antara pemain bola sepak Sekolah Seri Budiman mengikuti program cuti sekolah dan kempen alam sekitar di tempat mereka tinggal. Adakah Muaz&Haikal turut serta dalam program itu?

Bagaimana pula kempen alam sekitar? Adakah Muaz, Haikal dan kawan-kawannya ikut serta berkempen bersama Amalina dan persatuan penduduk tempat mereka tinggal?

 
Harga Cinta
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

Laluan untuk hidup bersama bukannya semudah mengucapkan 'aku cinta padamu'. Tembok hati yang mereka cipta amat kukuh sehingga tidak memungkinkan salah seorang mengintai di sebalik tembok yang satu lagi. Tiada siapa yang bisa mengoyak takdir jika itu yang telah tersurat untuk diri masing-masing…..Tekanan demi tekanan yang diterimanya memaksa Aida menjauhi keluarga angkatnya demi membina hidup yang belum pasti. Beriltizam membina hidup yang dilimpahi sejalur pelangi, dia ditemukan dengan seorang lelaki yang begitu mendambakan kasihnya. Namun baginya dia hanya akan membina mahligai impian setelah berjumpa dengan lelaki yang mempunyai semua sifat dan perlakuan seperti abang angkatnya tanpa menyedari sebenarnya mereka sama-sama saling menyimpan perasaan antara satu sama lain.Melayari hidup sebagai anak kesayangan keluarga, tak selalunya ditemani keindahan. Ada ketikanya igauan ngeri menjadi santapan mimpi. Mendapat tahu diri adalah anak angkat, sesuatu yang tidak dapat dibayangkan. Apatah lagi diri dipaksa menerima abang angkat yang telah dianggap sebagai abang sendiri untuk menjadi suami. Diri terbelenggu dengan budi, hati pula terhimpit dengan impian membina hidup sendiri.

 
Urana Exham
Kusyi Hirdan 17 Januari 2011 PDF Cetak E-mail

 

Sinopsis - Tahun 4050. Dunia Oshab bergolak. Tiga bangsa majoriti berebut kuasa. Bangsa-bangsa minoriti menjadi mangsa. Pemimpin yang didorong dendam dan tamak haloba, dengan bala tentera separuh robot separuh manusia, bersengketa sesama mereka. Exham, cucu pemimpin bangsa majoriti Super, dan Suryan M, abang pemimpin bangsa majoriti Madawi, berpaling tadah dan bersatu. Mereka membentuk persatuan pemberontak Medex, kumpulan yang beroperasi secara haram demi menghapuskan kezaliman di Dunia Oshab. Urana, gadis dari kaum minoriti Songkok, menyertai Medex. Di situ Urana bertemu Exham. Pertemuan itu sungguh bererti, namun pertemuan itu jugalah yang mencetus tragedi....

 
Harumnya Norjannah
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

Kekalkah iman Puvaness dalam mengharungi cabaran dari orang terdekatnya?Hati ibu yang paling dijaganya tetapi dia sudah tekad berhijrah segala-galanya.Pertolongan sahabat lama membuah kembali putik minatnya. Namun cabaran untuk memeluk agama suci bukan kecil-kecilan.

Puvanes sudah lama mengenali Islam tetapi hajatnya tertangguh kerana berkahwin aturan keluarga. Nasib malang menimpanya membuatkan dia menjadi janda anak dua dan terpaksa pulang menumpang ibu.

 
<< Mula < Sblm 1 2 Seterusnya > Tamat >>
Page 1 of 2

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Dari Abu Hurairah r.a katanya: ”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad : ”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit, “Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam. ”Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman: ”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” Kata Abu Hurairah selanjutnya: ”Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian, maka berkata penduduk langit, ”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini121
mod_vvisit_counterSemalam150
mod_vvisit_counterMinggu ini1592
mod_vvisit_counterMinggu lepas1510
mod_vvisit_counterBulan ini7189
mod_vvisit_counterBulan Lepas7882
mod_vvisit_counterKeseluruhan689635

We have: 23 guests, 1 members online
Your IP: 54.198.104.234
 , 
Today: Jul 28, 2017

Masa Itu Emas..