Profil KUSYI HIRDAN
Kusyi Hirdan 09 April 2016 PDF Cetak E-mail

Kusyi Hirdan bekerjaya sebagai wartawan. Selain dari itu beliau juga aktif menulis novel sejak 2004 dan setakat ini telah menghasilkan 40 buah novel termasuk novel bersiri.

Kini, selain kerjaya dan hobi menulisnya, Kusyi Hirdan juga aktif bersama kumpulan komuniti amal SUPERFRENDS dan merupakan salah seorang pengasasnya. Superfrends tertubuh sekitar 2010 dan mengadakan aktiviti amalnya bersama para sukarelawan yang dipanggil Sahabat Superfrends, membantu mereka yang memerlukan.

Anak kelahiran Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak kini menetap di Melaka. Anak ke 9 dari 10 adik beradik, berbintang Capricorn, gemar melancong dan membaca, juga menonton wayang.

Tidak menyukai hiruk pikuk kota, Kusyi sentiasa terkenangkan zaman persekolahannya yang indah membuatkan ideanya sentiasa segar untuk menulis novel berkenaan remaja dan juga kanak-kanak. Bersekolah rendah di Sekolah Rendah Raja Perempuan Muzwin dan kemudian Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom, intipati zaman persekolahanlah yang sering menjadi inspirasi Kusyi dalam menghasilkan novel.

Novel Kusyi melawan arus lambakan novel cinta yang ada di pasaran kerana menekankan ciri Islamik. Bagi penulis ini, pernyataan cinta di dalam novel tidak perlu berlebihan, ia ada dan dirasa. Di rasa pada yang menghayati penulisan itu keseluruhannya.

“Saya berpegang pada prinsip, apa yang ditulis kita juga turut di tanya Allah di akhirat kelak jadi tentu sahaja saya tidak mahu ia sesuatu yang memudaratkan dan memberi impak negatif kepada pembaca dan kepada saya!” tegas Kusyi.

Kusyi Hirdan menulis pelbagai genre meliputi kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga sains fantasi. Emel Kusyi Hirdan di Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau layari laman web rasminya www.jendelaku.com.

Sepanjang kerjaya di dunia kewartawanan dan penulisan, Kusyi telah dianugerahi:

· Hadiah Kewartawanan Malaysia – Penulis Majalah Terbaik (Bahasa Melayu) 2002, dan
· Singapore Tourism Award – Penulis Artikel Terbaik (Bahasa Melayu) 2005
· Pertandingan Menulis Skrip Berunsur Islam anjuran IKIM – hadiah saguhati

· Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia ke 19 - Kategori buku kanak-kanak terbaik bagi Umairah & Kuda Putih.

Pencapaian:

· Tiga novel Kusyi Hirdan, Takdir Nor Aida, Misteri Mayat Terapung di Resort Melati dan Hafiz & The Silver dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk mengisi seluruh perpustakaan desa di seluruh Malaysia.

Novel-novel Kusyi Hirdan (setakat April 2016) :

1. Hafiz & The Silver (Jendelaku)

2. Rantaian Cinta (Fajar)

3. Misteri Mayat Terapung di Resort Melati

4. Takdir Nor Aida (Jendelaku)

5. Urana Exham (PTS)

6. Urana Exham Satu Eterniti (PTS)

7. Penakluk Kota Unggu (PTS)

8. Bacakan Saya Satu Cerita (PTS)

9. Umairah & Kuda Putih (PTS)

10. Marung & 9 Perhentian (PTS)

11. Harumnya Norjannah (PTS)

12. Galau di Hati Seri (NB Kara)

13. Harga Cinta (NB Kara)

14. Aku Bukan Rabiatul Adawiyah (NB Kara)

15. Lelaki Tidak Bersalah (NB Kara)

16. Senyumlah Hidup Ini Indah (PTS)

17. Resipi 6 sahabat Norhayati Berahim (NB Kara)

18. Siri Kembara Hafiz 1 - Dunia Baru (PTS)

19. Siri Kembara Hafiz 2 – Rahsia Terbongkar (PTS)

20. Siri Kembara Hafiz 3 – Janji Sahabat (PTS)

21. Siri Kembara Hafiz 4 – Hafiz ke Sabah(PTS)

22. Siri Kembara Hafiz 5 – Hafiz ke Guilin(PTS)

23. Siri Kembara Hafiz 6 – Selamat Hari Raya The Silver(PTS)

24. Mengapa Aku Jadi Pengetua? (PTS)

25. Mengapa Aku Masih Jadi Pengetua?(PTS)

26. Mengapa Aku Rela Jadi Pengetua? (PTS)

27. Zara 1 – Misi Mustahil (PTS)2

8. Misi Suhana – Saya Sayang Mama (PTS)

29. Misi Suhana – Saya Sayang Papa (PTS)

30. Misi Suhana – Saya Sayang Semuanya (PTS)

31. MuazHaikal 1 - Along Hilang (PTS)

32. MuazHaikal 2– Kapten Baru (PTS)

33. MuazHaikal 3– Gerak Kilat (PTS)

34. MuazHaikal 4 – Strategi Jersi Merah (PTS)

35. MuazHaikal 5 - Sayang Bola, Sayang Bum (PTS)36. Teori Aidil (Buku Prima)

37. Aidil Hero (Buku Prima)38. Hadiah Untuk Kawan (Buku Prima)

39. Siri 1 Kak Yong 'The Daun & Gifts' – Kisah di Cuti Semester

40. Alam Sahabatku – Nadrah Cintakan Bumi (Jakim)

41. Sumpahan Lembah Patung

42. Siri 2 Kak Yong 'The Daun & Gifts' - Jangan Benci (Buku Prima)

 

 

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Dari Abdullah, katanya: ”Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami: ”Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: ”Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata: ”Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini576
mod_vvisit_counterSemalam126
mod_vvisit_counterMinggu ini2061
mod_vvisit_counterMinggu lepas2138
mod_vvisit_counterBulan ini5633
mod_vvisit_counterBulan Lepas12548
mod_vvisit_counterKeseluruhan731351

We have: 17 guests online
Your IP: 54.158.214.111
 , 
Today: Nov 18, 2017

Masa Itu Emas..